BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelar rakan kerana hutang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Bengang hutangnya tidak dijelaskan, seorang lelaki tergamak mengelar rakannya menggunakan sebilah pisau, di Manir, di sini, pagi kelmarin.

Suspek berusia 32 tahun itu dipercayai melepaskan amarahnya apabila mangsa, 21, gagal menjelaskan hutangnya RM900 seperti dijanjikan.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa dipercayai sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan sebilah pisau.

“Suspek dipercayai terus meluru masuk ke dalam rumah, menyerang mangsa dengan melibas pisau ditangannya.

“Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkan dia cedera dikelar di leher, bahu dan pergelangan tangan,” katanya.

Dalam menahan kesakitan, mangsa sempat menjerit meminta bantuan daripada abangnya yang secara kebetulan berada di rumah.

“Bimbang perkara lebih teruk berlaku, abang mangsa menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, suspek yang menyedari tindakan abang mangsaitu terus melarikan diri dengan terjun melalui tingkap rumah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, cubaan suspek menyelamatkan diri gagal selepas berjaya ditangkap polis yang segera ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan, sebelum dibawa ke Balai Polis Manir bagi tindakan susulan.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, semalam, Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Mohd Rusli Ahmad membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kelar-rakan-kerana-hutang-1.339236
 
Back
Top
Log in Register