BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelar leher sendiri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia yang menunggu giliran dihantar pulang ke negara asal kerana memasuki negara ini secara haram mengelar leher sendiri menggunakan pisau di rumah Perlindungan Konsulat Jeneral Indonesia di Jalan Tun Haji Openg, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai ada masalah mental itu bernasib baik apabila perbuatannya disedari dua kakitangan konsul berkenaan.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika lelaki terbabit ditempatkan di konsul berkenaan selepas ditahan di Bintawa sejak sebulan lalu kerana memasuki negara ini secara haram.

Katanya, pada hari kejadian, lelaki dari Surabaya itu dilihat berlari ke dapur lalu mengambil pisau dan mengelar leher sehingga badannya berlumuran darah.


“Bagaimanapun, perbuatannya disedari dua kakitangan konsul berkenaan selepas terdengar jeritan seorang wanita yang ternampak mangsa mengalami pendarahan teruk di leher.


“Kedua-dua lelaki terbabit merampas pisau di tangan lelaki terbabit, namun, mangsa cuba melawan sehingga memaksa tiga lagi kakitangan konsul membantu,” katanya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kelarlehersendiri/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register