ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Awang DAMIT ABDUL RAHIM bersama sebahagian daripada tetamu dalam Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Mahkamah Anak Negeri Sandakan di Sandakan, Sabah, kelmarin.
SANDAKAN 13 Ogos - Para pemimpin masyarakat khususnya Ketua Anak Negeri, wakil Ketua Anak Negeri dan ketua kampung perlu menghalang cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menukar kedudukan tanah berstatus tanah adat (NT) yang dimiliki anak negeri kepada tanah komersial (CL) yang boleh diperdagangkan.
Ketua Daerah Sandakan, Awang Damit Abdul Rahim berkata, kegagalan menghalang usaha itu bukan sahaja merugikan kepentingan rakyat bumiputera untuk mengekalkan tanah adat, tetapi menghakis hak generasi akan datang.
“Kita amat kecewa kerana usaha memindah milik status tanah itu semakin sukar dibendung. Oleh itu kita meminta para pemimpin masyarakat, tingkatkan tanggungjawab masing-masing bagi mempertahankan hak kita.
“Jangan dibiarkan perkara ini (menukar status tanah) berleluasa kerana tanah adat adalah hak kita bersama. Mana mungkin tanah adat ditukarkan kepada tanah komersial,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Aidilfitri peringkat Mahkamah Anak Negeri Sandakan di sini semalam.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Charles O Pang.
Awang Damit berkata, semua pemimpin berkenaan perlu memperluaskan rangkaian maklumat dalam menjayakan tugas masing-masing ke arah menangani isu tersebut.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri ini khususnya Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah yang telah dinaikkan tarafnya sebagai sebuah jabatan kerajaan negeri amat mengambil berat isu tersebut.
“Perlunya beberapa pendekatan penting dibuat bagi menyelesaikan perkara itu yang akan ditentukan kelak,” tambahnya.