BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejutan gempa

BlackPepper

Active+ Member
Messages
4,906
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
Rakyat kita tercampak ke dinding dalam gegaran di Chile

KUALA LUMPUR: "Saya melambung dan tercampak ke dinding... ketika itu saya hanya mampu berdoa agar terselamat," kata seorang warga Malaysia, Hamzah Abd Ghani, ketika menceritakan saat cemas yang dilalui dalam bencana gempa bumi terburuk di bahagian tengah Chile.

Hamzah, 47, yang bekerja dengan sebuah syarikat helikopter di negara itu, berkata ketika kejadian awal pagi kelmarin, beliau sedang tidur di kediaman yang disewa bersama tiga lagi rakyat Malaysia di tingkat 23 sebuah pangsapuri di Santiago, ibu negara Chile.

"Pada mulanya, saya tidak mengendahkannya sebab hanya gegaran kecil sebelum ia semakin kuat hingga menyebabkan tingkap pecah dan lampu terpadam.

"Selepas itu, saya dan rakan meluru ke ruang tamu dan berlindung di bawah meja. Kami ketakutan dan berdiam serta berserah jika bangunan yang kami tinggal runtuh," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Hamzah yang berasal dari Selangor berkata, bangunan terbabit bergegar hampir dua minit dan kedengaran suara menjerit serta meminta tolong.

"Sejurus gegaran berhenti, kami terus meluru keluar dan menuju ke lif. Bagaimanapun, empat lif dalam bangunan itu tidak berfungsi dan kami terpaksa menuruni anak tangga bersama penghuni lain.

"Setibanya di bawah, saya melihat orang ramai mula berkumpul di kawasan lapang di hadapan pangsapuri berkenaan. Keadaan ketika itu gelap gelita kerana bekalan elektrik terputus dan hanya diterangi cahaya lampu suluh," katanya.

Beliau berkata, kira-kira setengah jam selepas itu, pegawai Kedutaan Malaysia menemui mereka sebelum dibawa ke pejabat kedutaan.

Sementara itu, sumber Kedutaan Malaysia memberitahu, kira-kira 20 rakyat Malaysia di negara itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan masih berusaha menghubungi dua lagi rakyat Malaysia yang menetap di pinggir bandar Santiago.

"Sejurus kejadian itu, pihak kedutaan melancarkan gerakan mencari semua rakyat Malaysia dan hasil maklumat yang kita peroleh, dua lelaki terbabit selamat, namun usaha untuk menghubungi mereka masih dijalankan. Kita menghadapi kesukaran kerana bekalan elektrik dan komunikasi terputus," katanya.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia yang terselamat kini berlindung di rumah seorang pegawai kedutaan.
 
moga malaysia d jauhi dari bende ini
 
gegaran kuat terlampau.. info dari rakan yg berada di tempat kejadian.. rakyat malaysia suma 15org slamat..
 
gegaran kuat terlampau.. info dari rakan yg berada di tempat kejadian.. rakyat malaysia suma 15org slamat..

dalam berita smlm kate sume selamat? :-?
 
alhamdulillah..selamat rakyat kita..

alhamdulillah..setakat ni masih selamat negara kita..
 
ada dah rasa gegaran mcm ne...:D
 
pengalaman ngeri ni.naseb sume selamaT
 
satu persatu malapetaka menimpa.. akhirnya semua akan tewas juga.. >:) >:) >:)
 
Back
Top
Log in Register