BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejutan bawah pokok

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Kejutan bawah pokok


SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 29 tahun nyaris maut selepas kereta dipandunya tiba-tiba dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di Pekan Baru, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Theang Kuang Hoog, dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas menghantar rakannya sebelum pokok setinggi lebih 10 meter dan lebar dua pemeluk menghempap keretanya ketika melalui jalan di belakang pasar raya.


“Pokok itu tumbang tepat di atas bumbung kereta saya menyebabkan ia terhenti dan pada masa sama cermin depan dan belakang kereta pecah,” katanya.


Theang berkata, dia yang terkejut dengan kejadian itu cuba keluar dari keretanya, tetapi gagal apabila pintu hadapan tidak boleh dibuka menyebabkannya terpaksa keluar dari pintu belakang.


“Saya bersyukur kerana tidak cedera walaupun kereta rosak teruk. Jika dilihat keadaan pokok yang menghempap kereta saya itu, nasib saya pasti lebih teruk,” katanya. Katanya, tiga kereta dan lori turut dihempap pokok tumbang di tempat sama dalam kejadian berkenaan.


Kejadian ribut serta hujan lebat itu turut menyebabkan lebih 50 rumah dari 10 kawasan perumahan dan kampung mengalami kerosakan. Selain itu, lebih 30 pokok di sekitar bandar terbabit tumbang menyebabkan 15 kenderaan rosak dihempap pokok berkenaan. Antara kawasan terbabit Taman Sri Tanjung, Pekan Baru, Taman Pekan Baru, Taman Arkid 1 dan 2, Taman Delima 1 dan 2, Kampung Bakar Bata, Taman Semarak dan Kampung Sungai Pasir.


Penduduk Taman Delima, Ismail Ahmad, 40, ketika ditemui berkata, sebelum itu kira-kira jam 3.30 petang hujan lebat disusuli angin kencang lebih 20 minit.


“Dalam hujan lebat dan angin kencang itu, ribut datang tiga kali. Pada mulanya ia tidak kuat, namun kali kedua angin yang datang lebih kuat menyebabkan banyak rumah serta kedai dan gerai di sekitar kawasan serta Taman Arkid rosak teruk,” katanya. - H.Metro
 
Back
Top
Log in Register