BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejohanan Bola Sepak Antara Masjid Libatkan Pemain Bukan Islam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kejohanan Bola Sepak Antara Masjid Libatkan Pemain Bukan Islam​

cf64d859be3ee4a00df8e5ec830ef7106a6c60f64fe23

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (tengah) ketika Sidang Media Majlis Peluncuran Kejohanan Bola Sepak Piala YB Menteri Agama 2026 di Masjid At-Takwa Taman Tun Dr Ismail hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Nizam Yahya.


Kejohanan bola sepak antara masjid yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini akan turut melibatkan pemain bukan Islam sebagai usaha menjadikan institusi masjid sebagai ejen penyatuan masyarakat pelbagai kaum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata setiap pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sepasukan Jemputan MAIWP Antara Masjid Seluruh Malaysia 2026 itu perlu menyenaraikan dua pemain bukan Islam dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka mesti berada di padang pada satu-satu masa.

“Kita mahu melihat bahawa masjid bukan hanya tempat untuk menyatupadukan umat Islam, tetapi juga meraikan perbezaan dan menghormati orang lain,” katanya pada sidang media sempena pelancaran kejohanan itu di Masjid At-Taqwa di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya.

Kejohanan edisi sulung bertemakan “Aksi Bola Merdeka” itu akan berlangsung di Padang Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Bangi, Selangor, dengan menyasarkan penyertaan 32 pasukan.

Zulkifli berkata setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 15 pemain terdiri daripada enam kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), tujuh remaja berusia di bawah 18 tahun dan dua pemain bukan Islam.

Beliau berkata kejohanan itu digerakkan menerusi program Semarak Masjid Bersama Belia yang bertujuan mengangkat institusi masjid sebagai hab dinamik untuk aktiviti sukan, rekreasi dan penyatuan komuniti selain fungsi kerohanian serta ibadah.

Zulkifli berkata pendekatan berasaskan minat golongan muda itu turut disepadukan dengan pengisian kerohanian termasuk solat berjemaah dan program lain di masjid.

“Kita menghargai dan meraikan minat mereka, tetapi minat itu perlu dibawa ke satu jalan yang baik. Paling penting, mereka berada dalam persekitaran yang baik dengan masjid dan pelbagai program,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register