sohih le tu.
masa aku kat salah satu prep college untuk gi luar negara, lecturer fizik aku mengeluh kitorang ni *****. lepas tu bila program twinning/prep ni dah takde, kolej tu jadi tempat letak budak-budak matriks.
dia mengeluh lagi. kalau dulu kena ulang 2-3 kali, kali ni dia ulang ajar 8 kali pun tak masuk otak.
kebanyakan yang masuk IPTS dari 3 golongan.
1. tak lepas nak masuk IPTA
2. golongan anak orang mampu
3. scholar tajaan korporat
ada beberapa kursus yang memang aku tengok IPTS tertentu lebih menyerlah
1. multimedia - MMU, LKW, The One Academy, kerana orientasi universiti memang mengkhusus ke arah tersebut.
2. EP engineering - Uniten, dah tentulah sebab TNB punya, tenaga pengajar memang bekas jurutera berpengalaman dari industri yang relevan.
3. Mech.Eng, Petroleum Eng, Chemical eng, - UTP.
aku tak menentang semua yang mahathir buat. dan aku tak menentang kapitalisme. tapi ada beberapa perkara dalam hidup yang biarlah jangan diganggu.
pendidikan haruslah mampu-milik. selama ini mobiliti sosial kita orang melayu dari ilmu.
lahirnya 10 orang billionaire melayu, tidak memberikan impak langsung kepada masyarakat.
dulu kita ada Felda, ratusan ribu orang melayu terkeluar dari kemiskinan.
kemudian kita ada SBP dan MRSM, lahir golongan profesional dan kelas pertengahan dari orang melayu.
(MRSM bukan idea mahathir. MRSM idea orang tertentu dalam MARA yang keluar dengan Pelan Batik. Pendidik ulung, sudah arwah. Aku tak ingat nama dia, tapi imej diri dia kekal dalam kepala aku sebagai pendidik agung).
all credit goes to Tun Abdul Razak.
kemudian atas usaha seorang individu, lahir pula UKM. Universiti pertama yang beridentiti kebangsaan. Lahir setelah beliau sendiri melihat anak didik beliau berbangsa melayu yang tercicir kerana bahasa inggeris di UM.
Aku tak dapat lihat keputusan mahathir menswastakan universiti sebagai positif. malahan pada aku mahathir bergerak menentang arus, 180 darjah.
Yang aku lihat untung cuma tokey-tokey universiti. MCA ada universiti, MIC nak buat universiti, UMNO cuma ada siti nurhaliza itu pun dah kena kebas dengan Dato K.
Sepatutnya bila negara semakin kaya, universiti jadi semakin banyak dan murah.
Jerman tak bangkrut kerana universiti percuma. Republik Cuba yang hasilnya cuma tebu tu pun mampu beri universiti percuma, malah kerana percumalah boleh wujud 1 doktor bagi setiap 40 orang rakyat.
Kalau Tun Abdul Razak masih memerintah, aku undi UMNO.
Pak Lah? takpelah...