BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejatuhan Baghdad

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
1258 M
1. Hulaku menawan Baghdad dan membunuh khalifah. Kaum Tatar membunuh 1.6 juta orang Islam. Dua pengkhinat iaitu Ibn Al Alqami dan Nasiruddin at Tusi membantu kaum tatar.
2. Titik ke arah perubahan yang lebih parah terhadap intelektual Umat Islam yang memang telah merosot.
3. Ketiadaan khalifah selama 3.5 tahun.
4. Al Malik Al Muzaffar Qutuz (dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Ayn Jalut (palestine)


http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=70356&highlight=kejatuhan+baghdad

di petik dari posting eboss tentang sejarah umat islam
File:HulaguAndDokuzKathun.JPG

dalam detik sejarah di atas, banyak pekara yang boleh kita pelajari

antaranya tentang Hulage/Hulagu Khan, Chagatai/Persian: ہلاکو - Hulaku; Arabic: هولاكو‎; c. 1217 – 8 February 1265), Pemerintah keturunan Mongol yang menakluki Asia Tengah. Merupakan anak kepada Tolui dan puteri suku Kerait Sorghaghtani Beki, cucu Genghis Khan, dan mempunyai adik beradik yang terdiri dari Arik Boke, Möngke Khan and Kublai Khan.

setelah kematian, sepupu mereka Guyuk, Monkhe telah dilantik sebagai pemerintah Mongol. Datuk mereka, Genghiz Khan yang terdahulu telah menakluki sebahagian Asia dan Utara China telah memberi aspirasi kepada tiga saudara ini.

Untuk itu, Monkhe telah menetapkan supaya dia dan Kublai meneruskan penaklukan ke Selatan China (sehingga Burma, Yunnan dan wilayah Nusantara) manakala Hulagu meneruskan jejak Genghiz Khan ke Asia Tengah

Bermula dari tahun 1252, pengkaji sejarah berpendapat ianya satu pergerakan tentera yang paling tersusun dimana sejumlah 100,000 tentera berkuda, dan setiap tenetra memiliki 5 kuda, membawa bersama keluarga yang terdiri 30 kambing dan jumlah keseluruhan tentera ini adaah 150,000, 300,000 kuda dan 1.8 juta kambing

Pergerakan ketumbukan ini yang dianggarkan sepanjang 8km ini memerlukan 1 juta gelen air setiap hari menyebabkan mereka hanya bergerak berhampiran sumber air.
(bersambung)
 
Last edited:
Punca Monkhe mengarahkan saudara lelakinya Hulage menyerang dunia Islam di Asia Barat selain dari meneruskan penaklukan datuk mereka sebenarnya berpunca dari tersebarnya perkhabaran pembunuh upahan dari mahzab Ismaili (http://id.wikipedia.org/wiki/Mazhab#Ismailiyah)
File:Khulug_Khan%27s_sige_of_Alamut.JPG

Berpusat di kota Alamut, sekitar utara Iran, Hassan i Sabbah (http://en.wikipedia.org/wiki/Hassan-i_Sabbah) yang menganut Mahzab Ismaili telah menubuhkan satu pasukan pembunuh upahan yang sehingga ini menjadi gelaran yang cukup sinonim dengan kegiatan tersebut; Hashshashin (http://en.wikipedia.org/wiki/Hashshashin).

Bertitik tolak dari berita ini, Hulage telah memulakan siri penaklukan ke dunia Islam di Asia Barat hinggalah pada tahun 1256, kota Alamut yang telah berjaya di tawan oleh tentera Mongol.Semasa kota tersebut di takluk, pelbagai khazanah Islam seperti peralatan astronomi, tafsiran Al Quran telah dirampas dan di bawa ke Khartoum, pusat pemerintahan Mongol ketika itu. Penaklukan itu juga telah menyebabkan seramai 12,000 tentera kota itu di bunuh. Namun demikian fahaman ataupun Mazhab Ismaili ini masih berterusan hingga hari ini dimana Aga Khan merupakan pemimpin terkini fahaman tersebut.

(Bersambung)
 
Last edited:
Hulagu_Baghdad_1258.jpg

Setelah kejatuhan Alamut, Hulage memulakan siri penaklukan seterusnya ke arah kota Baghdad.
Bermula pada November 1257, tentera beliau mula bergerak sejauh 400km dan mengutuskan amaran kepada Khalifah Abbasiyah, Al Mutassim; menyerah diri dengan merobohkan tembok luar kota Baghdad

Namun demikian, amaran ini di tolak oleh al Mutassim dengan bangganya.
Untuk makluman, Baghdad pada waktu merupakan sebuah kota yang terkenal dengan kekayaan dan pusat kepada kebudayaan dan teknologi Islam

Algebra, teknik perubatan Ibnu Sina,teori astronomi Al Battani, kajian kimia Jabir ibni Hayyan, teknik pengairan menggunakan kincir air, industri kilang (tiraz) merupakan sebahagian kecil teknologi Islam ketika itu yang terkenal seluruh dunia

Serangan keatas Baghdad yang terdiri dari 3 arah; dari Utara yg di pimpin oleh Baiju, dari Selatan oleh Kitbuqa dan dari Tengah oleh Hulage sendiri. Pergerakan dari pergunungan Iran, tentera ini telah mengutip batu batan bagi di gunakan sebagai bahan peluru catapult.

Menjelang 22 January 1258, kota Baghdad telah di kepung. Menggunakan catapult ini, tembok luar Bghdad berjaya di robohkan dengan hujanan batu batan dan anak panah berapi yang mengakibatkan kota Baghdad terbakar.

Akhirnya pada 10 Februari 1258, Al Mutassim dan 300 pegawai kanannya menyerah diri kepada Hulage.

Hulage telah mengarahkan Al Mutassim supaya mengumpulkan saki baki tentera dan penduduk yang berjumlah 800,000 orang untuk menyerah diri sepenuhnya kepada tentera Mongol. Akur dengan perintah Al Mutassim, mereka keluar dari kota Baghdad.

Namun demikian mereka akhirnya telah di bunuh secara kejam oleh tentera Mongol. Satu sejarah hitam bagi dunia Islam, satu fakta yang kita sebagai umat Islam perlu ingat dan maklum.

Malah kejatuhan kota Baghdad juga menyebabkan Perpustakaan Baghdad yang menjadi pusat ilmu telah musnah, dan Sungai Tigris menjadi hitam dicemari dakwat dari buku yang telah dibuang oleh tentera Mongol.

Puak Kristian yang merupakan minoriti dalam kota itu walaubagaimanapun telah selamat kerana bersepakat bersama Mongol dan mewarisi sebahagian kota Baghdad, dan ini juga perlu kita ingat sebagai fakta dan peringatan.

Hulage juga merampas sejumlah 2,000 pasang pakaian diraja, 10,000 dinar, permata dan membahagikannya kepada tentera beliau. Manakala harta peribadi Al Mutassim yang terdiri dari koleksi seni berusia 500 tahun juga telah dirampas dan manakala Al Mutassim sendiri telah di bunuh
 
Pengkaji sejarah berpendapat, penaklukan Mongol pada tahun 1258 yang akhirnya menemukan cahaya Islam kepada jiwa penakluk Mongol mungkin akan berulang kepada penakluk sekarang, iaitu Amerika Syarikat, kerana sejarah boleh berulang...

Hulage dan keturunannya akhirnya menjadi Pemerintah Islam di dunia dengan gelaran Persian Ill Khans
 
Pengkaji sejarah berpendapat, penaklukan Mongol pada tahun 1258 yang akhirnya menemukan cahaya Islam kepada jiwa penakluk Mongol mungkin akan berulang kepada penakluk sekarang, iaitu Amerika Syarikat, kerana sejarah boleh berulang...

Hulage dan keturunannya akhirnya menjadi Pemerintah Islam di dunia dengan gelaran Persian Ill Khans

dan anda berfikir bahawa AS akan menemui sinar Islam akhirnya:-?

gitu ke?sy x brp paham
 
mungkin jugak la,tapi penakluk amerika adalah yahudi x mungkin ade sinar dlm hati mereka.
 
pembelot pada kerajaan abbasiah ialah puak syiah atas nasihat beliau kalifah islam di bunuh selepas di bungkus dengan permadani dengan alasan darah khalifah islam haram jatuh kebumi
 
pembelot pada kerajaan abbasiah ialah puak syiah atas nasihat beliau kalifah islam di bunuh selepas di bungkus dengan permadani dengan alasan darah khalifah islam haram jatuh kebumi

sebenarnya darah raja tak boleh mencemar bumi, itu tradisi Mongol...

maka Al Mutassim telah di bungkus dalam permaidani dan di pijak2 hingga mati oleh tentera Mongol...
 
Back
Top
Log in Register