BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejar sampai dapat

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
[email protected]

MELAKA: Tindakan berani seorang kakitangan Pos Malaysia mengejar dua lelaki bermotosikal yang tidak sempat merampas beg tangan seorang wanita mengandungi wang tunai RM18,000 berbaloi apabila penjenayah terbabit bukan sahaja cedera ditimpa kemalangan, malah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 petang kelmarin, ketika mangsa yang berusia 28 tahun baru mengeluarkan wang tunai di sebuah bank di Bukit Baru, dekat sini.

Menurut sumber polis, gerak- geri wanita terbabit yang menaiki sebuah kereta diperhatikan dua penjenayah dipercayai warga asing, yang masing-masing berusia 26 dan 27 tahun.

“Wanita itu yang memandu kereta, mengepit beg tangan di celah kaki di bawah tempat duduknya.

“Ketika berhenti di satu persimpangan, dua penjenayah terbabit memecahkan cermin kereta mangsa dan cuba menarik beg tangan berisi wang tunai itu.

“Mangsa yang panik sempat menjerit, menyebabkan kedua-dua penjenayah melarikan diri dengan memecut motosikal mereka menghala pusat bandar tanpa sempat merampas beg tangan itu,” katanya.

Katanya, kejadian itu dilihat orang awam termasuk seorang kakitangan Pos Malaysia yang bertindak berani mengejar penjenayah terbabit.

Menurut sumber, kakitangan terbabit yang menyangka penjenayah itu sudah berjaya melarikan wang mangsa mengejar mereka hingga Pejabat Kesihatan Melaka Tengah.

Dalam keadaan kelam-kabut, penjenayah yang memecut motosikal gagal mengawalnya lalu terlanggar sebuah kereta menyebabkan mereka terpelanting.

“Kedua-dua lelaki itu bingkas bangun dan terus melarikan diri dengan seorang daripada mereka memasuki perkarangan Pejabat Kesihatan Melaka Tengah, manakala seorang lagi ke kawasan belukar berhampiran.

“Penjenayah yang cuba berlindung dalam kawasan Pejabat Kesihatan berjaya diberkas kakitangan Pos Malaysia itu dengan bantuan orang ramai serta anggota polis peronda yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Muslihin Muhammad, 46, yang turut membantu menangkap seorang lagi penjenayah hadir ke pejabat Harian Metro di sini, petang semalam.

Menurut Muslihin yang juga Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri (Jasa), dia sempat merakam insiden penjenayah diberkas orang awam, tidak menyangka dapat mengesan seorang lagi rakan penjenayah itu.

“Saya difahamkan seorang penjenayah berjaya melarikan diri. Sebaik melalui jalan berhampiran sebuah klinik swasta di Taman Malinja, saya melihat seorang lelaki memegang baju seorang lelaki yang kelihatan mengalami luka.

“Saya diberitahu lelaki itu ditahan ketika dia cuba menyorok dalam semak. Saya kemudian menghubungi talian 999 selepas mengesyaki lelaki ditahan itu mungkin seorang daripada peragut yang melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Melaka Tengah, Deputi Superintendan Mohd Ali Mydin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

“Sehingga kini, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai kejadian,” katanya.

P/S: Usaha macamnilah kita kena contohi.. Syabas POS Malaysia!
:)cgrock :)paid :)paid
 
nak kan emas.. batu lak dapat
kikii.. padan ler muka pencurik tu.
 
elok sngt le kantoi tu.. nyusahkan idop org jek..
 
duit tak dpt..
yg dpt sakit jerk..ciannn :p :p :p
 
dah la tu...pendatang asing...menyampah aku
 
Back
Top
Log in Register