BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kejamnya bapa tiri

The Maut

Super Active Member
Messages
8,335
Joined
Jul 19, 2019
Messages
8,335
Reaction score
175
Points
83
gbhfu_1567178962.jpg

RONI ketika dibawa ke balai polis.

BEKASI: Seorang lelaki bertindak kejam apabila membaling anak tirinya yang berusia 15 bulan ke dinding hingga mati selepas enam hari berkahwin dengan ibu kanak-kanak malang berkenaan.
Tribunnews melaporkan, Roni Andriawan membaling anak tirinya ke dinding beberapa kali selepas kanak-kanak berkenaan menangis tidak berhenti-henti.
Jurucakap polis Serang Baru, Wito berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di Desa Sukasari, Bekasi pada Isnin lalu ketika isteri suspek, Danis Aprilia yang baru dikahwininya tiada di dalam bilik.
Katanya, Roni berang selepas kanak-kanak berkenaan yang demam terus menangis walaupun mangsa sudah diberi ubat.

“Kerana berang Roni membaling kanak-kanak itu ke dinding hingga menyebabkan kepalanya cedera.
“Roni mengaku dia membaling anak tirinya sebanyak tiga kali dengan dua kali kepala mangsa terkena dinding,” katanya.
Ujarnya, apabila ibu mangsa masuk ke dalam bilik dia terkejut melihatnya anaknya tidak bergerak.
“Wanita itu segera membawa kanak-kanak itu ke klinik berhampiran tetapi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Roni ditangkap tidak lama selepas kejadian itu dan dia akan didakwa atas tuduhan membunuh,” jelasnya.

 
Macam perangai singa ya..
Dalam dunia singa, singa jantan akan bunuh semua anak tiri singa betina. Kekejaman haiwan yg ditiru manusia.

Leo
 
Indonesia diorg pakai firing squad..ni terang2 membunuh..cold blood pulak tu..mengaku..kasi tembak!

Sana..depa ikat pesalah Kat tiang.

Firing suad ada 12 orang..3 peluru hidup 9 peluru kapur.

Wow...kalau hukuman mcm ni buat live telecast mcm Saudi buat hukuman pancung..mesti menyeramkan..
 
Mohon buang dalan kandang buaya
 
Macam perangai singa ya..
Dalam dunia singa, singa jantan akan bunuh semua anak tiri singa betina. Kekejaman haiwan yg ditiru manusia.

Leo
singa tu binatang dah ada naluri utk pertahakan keturunan yg kuat2....
keturunan yg xkuat akan dimusnahkan dan digantikan dengan yg baru.
kita manusia ni tujuan utk beribadah kepada allah je.
 
Back
Top
Log in Register