BTC USD 85,713.5 Gold USD 4,159.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kehebatan mati....:))

cloud10

Active+ Member
Messages
4,288
Joined
Dec 10, 2008
Messages
4,288
Reaction score
31
Points
30
Sesuatu yang pasti terjadi, tapi sering dilupakan dan tidak dipeduli ialah mati. Yakni berhentinya degupan jantung, lalu berhentilah nafas dan lain-lain pergerakan sehingga manusia itu tiada berguna apa-apa lagi walaupun dia seorang professor, raja, presiden, perdana menteri atau manusia biasa. Jikalau dibiarkan akan busuk dan reput dan tiada nilai apa-apa kepada manusia melainkan ditimbus jauh-jauh ke dalam bumi agar tidak dimakan oleh binatang dan tidak mengganggu kesegaran udara yang dihirup oleh manusia lain. Semua orang yang terdahulu daripada kita telah merasai mati. Mereka sudah tidak ada di bumi ini lagi. Yang tinggal hanyalah nama dan sejarah hidupnya sahaja. Dan detik itu pasti akan datang kepada setiap manusia termasuk kita. Sepatutnya kita akan bertanya kepada diri kita " Bilakah giliranku untuk mati? Dan apa persediaan yang patut aku lakukan." "Apakah akan bahagia atau celaka aku di alam barzakh." Kesakitan sewaktu roh dicabutkan dari badan oleh malaikat Izrail seumpama sakit ditetak 300 kali dengan mata pedang. Hancur lumat hingga hilang segala-galanya. Rasa haus tersangatlah azabnya sehinggakan jikalau satu lautan air pun diminum, tidak akan juga puas-puas. Begitulah azabnya sakaratul maut. Syaitan akan datang berbondong-bondong untuk menyesatkan kita. Ada yang datang menyerupai ibu kita, ada yang datang menyerupai bapa kita, ada yang datang menyerupai tuan guru kita dan ada yang datang menyerupai apa yang kita takuti selama ini di dunia. Semuanya itu akan kita hadapi dengan nyata dan di waktu itu imanlah yang akan menyelamatkan kita. Setelah disakiti dengan azab sakaratul maut, kita akan tersedar kembali apabila berhadapan dengan Malaikat yang ditugaskan untuk menyoal kita iaitu Mungkar dan Nankir. Yakni di satu alam yang luar daripada alam dunia ini. Alam Barzakh namanya. Alam di mana kita boleh melihat malaikat dan bersoal jawab dengannya. Alam yang diperlihatkan Syurga dan neraka. Alam yang dirasakan dengan nikmat dan azab kubur. Hidup di alam itu jikalau bahagia, maka akan bahagialah kita sehingga hari qiamat. Dan jikalau kita diazab, maka kita akan di azab sehingga hari qiamat dan akan di tambah lagi selepas pengadilan di hadapan Qadhi Rabbul Jalil di padang Makhsyar kelak. Begitulah ketentuan yang telah di tentukan oleh Allah s.w.t sebagaimana firmannya : "Apakah manusia itu mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan?). Bukankah dia dahulu setitis air mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim). Kemudian mani itu menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakan sepasang lelaki dan wanita. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian dan berkuasa (pula) menghidupkan orang yang telah mati." (Al Qiyamah : 36-40)

"(Orang Kafir) berkata : Apakah sesungguhnya kami benar-benar di kembalikan kepada kehidupan yang semula ? Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kamu telah menjadi tulang belulang dan hancur lumat. Mereka berkata : Jikalau demikian itu adalah satu pengembalian yang sangat rugi. Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah satu tiupan sahaja. Maka serta merta mereka hidup kembali dipermukaan bumi." (An Naziaat: 10-14)

"Maka apabila malapetaka yang sangat besar (Hari Qiamat) telah datang. Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan dan diperlihatkan Neraka yang jelas dengan setiap orang yang melihat. Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya Nerakalah tempatnya. Dan adapun orang yang takut pada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan hawa nafsunya, maka Syurgalah tempat tinggalnya." (An Naziaat: 34-41) Demikianlah kita diberitahu dengan jelas apa yang kita akan alami dialam barzakh dan di alam akhirat kelak. Berbahagialah bagi mereka yang memilih jalan kehidupan yang abadi iaitu yang mengutamakan hal-hal akhirat lebih dari hal-hal keduniaan. Dan rugilah bagi mereka yang mengejar dunia sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Ingatlah mati kerana ia adalah penyebab kita berpisah dengan orang yang kita kasihi. Kita akan tinggalkan segala harta, isteri dan anak-anak. Jikalau mereka pula yang telah sampai ajal, maka mereka juga akan berpisah dengan kita. Demikianlah dahsyatnya akibat kematian. Ngeri dan menakutkan. Sebut sahaja mati, orang yang tidak beriman sangat benci. Sebaliknya orang yang beriman akan insaf. Dan bagi orang-orang yang sangat dekat dengan Allah akan merasai mati itu sangat indah kerana saat pertemuan dengan Allah akan sudah tiba. Mereka berkata " Bukankah mati itu syarat untuk menemui cinta." Kerana itu mati di tunggu-tunggu. Bagi manusia biasa mati itu adalah sesuatu yang ngeri dan peringatan bagi mereka yang lupa. Sabda Rasulullah s.a.w : " Cukuplah kematian itu sebagai nasihat." (At Tabrani) Kenapa Allah jadikan mati itu begitu dahsyat? Kerana untuk menyedarkan manusia agar manusia sentiasa mengambil berat akan persediaan untuk menghadapi mati. Tetapi kita lihat hari ini umat Islam sudah tidak peduli akan mati. Walaupun setiap hari manusia akan mati, tetapi itu tidak mengingatkan atau menyedarkan manusia terhadap kematian itu sendiri. Kerana itu manusia dengan senang hati hidup di dunia ini di dalam dosa dan maksiat. Kerana mereka tidak sedar bahawa dosa dan maksiat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka di akhirat kelak. Firman Allah : "Apakah manusia itu menyangka bahawa sekali-kali tidak ada seorang pun berkuasa di atasnya? Dia mengatakan : Aku telah menghabiskan harta yang banyak. Apakah dia menyangka bahawa tiada seorang pun yang melihatnya ?. Bukankah kami telah memberikannya dua mata, lidah dan bibir ?. Dan kami menunjukkannya dua jalan. Tapi dia tidak menempuh jalan mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan mendaki lagi sukar itu ?. (Iaitu) melepaskan hamba dari perhambaan atau memberi makan pada hari kelaparan (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir. Dan dia tidak pula termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar serta berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (yang beriman dan berkasih sayang) adalah golongan kanan. Dan golongan yang kufur kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada di dalam neraka yang ditutup rapat." ( Al Balad : 5-20 ) Kerana itu buatlah persediaan untuk kita menghadapi mati. Mengingatkan mati itulah sebenarnya jalan menyampaikan kita kepada kemenangan di dunia dan di akhirat. Wallahu a'lam.

 
kita nie cume sebahagian dari kaum manusia yang meneruskan kehidupan dibumi nih.telah berlalu banyak kaum dan umat manusia sebelum kita..Semuanya dah menemui ajal,ada yang menemui ajal dalam keredhaan Allah dan ada yang mati dalam keadaan dilaknat Allah..tapi dua2 golongan dah pun mati..Sekarang masa kita untuk hidup dan kita juga akan mati one day..tapi yang merisaukan cara kehidupan kita seperti kita tidak akan menemui ajal..lalai dalam solat,buat maksiat dan macam2 lagi..

countdown masa untuk mati:
sekarang umur aku dah 26,bermaksud dah 26 tahun masa berlalu..
tahun demi tahun sgt sekejap..umur aku paling lme pun mungkin sampai 50..bermaksud ade lagi 24 tahun je nak bersedia untuk mati..sedar2 aku dah kat dalam kubur..aku post nie pun mungkin esok aku dah mati...

macam mane nie...aku akan mati juga..aku ingat aku xkan mati..mungkin dalam syurga atau neraka aku akan tidak mati...

 
mati itu benar
seksa kubur pun benar
syurga nereka pun benar
Allahukbar...
 
Back
Top
Log in Register