BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kegagalan seorang insan.

abg1qapla

Fun Poster
Messages
500
Joined
Apr 10, 2010
Messages
500
Reaction score
1
Points
15
Saya ada seorang kawan.Umur dalam 30an.Dia ini seorang yang sangat emosional stress sikit mula melenting dan panas baran..dia ni juga seorang yang suka pikir negetif...dia ini tidak mempunyai ramai kawan2 ada berapa kerat shj mungkin sebab sikap dia yang memntingkan diri sendiri dan tidak pandai komunikasi...dia ni mengaku yang dia ini pernah buat kesilapan besar dalam hidupnya sehingga hidupnya terumbang ambing tanpa pedoman .

Adik beradik sedara mara ibarat membuang dia dan menyisih daripada dia sebab katanya dia ini tidak pandai menjaga hati orang dan banyak juga menyusahkan ibubapa terutama dalam hal kewangan.Dia tidak pernah berjaya dalam hidup kecuali berjaya ke menara gading.Dia ini sudah berkeluarga dan mempunyai anak2.Dia ini hendak ubah hidup cuma tidak tahu apa yang ingin dimulakan.

Dahulunya dia ini seorang yang peramah dan berbudi bahasa.Akibat daripada kesilapan yang beliau lakukan maka beliau menjadi tertekan mula menjadi seorang yang sangat emosional.

Sebenarnya dalam kes begini bolehkah dia ini berubah?

Daripada tak ramai kawan ada ramai kawan2 dan bagaimana dia ini boleh dapat kawan yang ramai?

Daripada seorang yang berfikiran negetif menjadi seorang yg rasional dan positif..??

Saya bukan apa kesian tgk dia ni..sentiasa mencari jalan untuk berubah..sanggup berhabis duit gi kursus motivasi, berubat buang saka kononnya..semata2 nak berubah tetapi habuk pun tarak..pernah juga ikut tabligh

Kalau ada idea saya minta halalkan idea anda untuk saya share kepada kawan saya.Moga2 kawan saya ini cepat berubah dengan kehidupan yg beliau inginkan
:D:)
 
mslh aper ek die tu smpai beruba watak
 
mslh aper ek die tu smpai beruba watak
Katanya dia pernah tipu duit orang , tipu majikan pecah amanah sehingga beliau rasa stress.

Beliau kini benar2 ingin berubah..cuma tidaktahu bagaimana mahu mulakan..:-?
 
ingat ALLAh...solat jgn tinggal,
byk berzikir...hati akan jd lembut...
 
bawak sembahyang. berdoa. minta maaf dari orang yg dia tipu. minta maaf dari mak bapak dia. insyallah semuanya akan beransur ok..
 
cadangan naga...
pertama, pergi ke AKPK... dapatkan kaunseling kewangan, walaupun dia xdapat kikis rasa berhutang tu, tp mgkn dia dapat kikis rasa bersalah tu..
agar dia lebih konfiden tentang keadaan semasa..

kedua, suruh dia wat target je dalam idop, ada anak, ada isteri... jadi dia kena manage btol2, apa kesilapan dia,asalkan dia sanggup pikul n hadapi. pasti x jadi masalah... negatif minded ni bknnya datang dari diri sendiri, pressure yg dia dapat tu adalah sbb dia overestimated sesuatu
 
Katanya dia pernah tipu duit orang , tipu majikan pecah amanah sehingga beliau rasa stress.

Beliau kini benar2 ingin berubah..cuma tidaktahu bagaimana mahu mulakan..:-?

bertaubat, minat tolong tuhan, sembahyang dengan ikhlas..
mengadu dengan Allah. danberserah pada Allah.

Insya allah, Tuhan akan membantu. tp apa jua yang Tuhan beri, tempuhi dengan hati yang redha. anggap je ujian dr Tuhan sbb Tuhan nak hapuskan dosa2 tu. Redha je...
 
Saya ada seorang kawan.Umur dalam 30an.Dia ini seorang yang sangat emosional stress sikit mula melenting dan panas baran..dia ni juga seorang yang suka pikir negetif...dia ini tidak mempunyai ramai kawan2 ada berapa kerat shj mungkin sebab sikap dia yang memntingkan diri sendiri dan tidak pandai komunikasi...dia ni mengaku yang dia ini pernah buat kesilapan besar dalam hidupnya sehingga hidupnya terumbang ambing tanpa pedoman .

Adik beradik sedara mara ibarat membuang dia dan menyisih daripada dia sebab katanya dia ini tidak pandai menjaga hati orang dan banyak juga menyusahkan ibubapa terutama dalam hal kewangan.Dia tidak pernah berjaya dalam hidup kecuali berjaya ke menara gading.Dia ini sudah berkeluarga dan mempunyai anak2.Dia ini hendak ubah hidup cuma tidak tahu apa yang ingin dimulakan.

Dahulunya dia ini seorang yang peramah dan berbudi bahasa.Akibat daripada kesilapan yang beliau lakukan maka beliau menjadi tertekan mula menjadi seorang yang sangat emosional.

Sebenarnya dalam kes begini bolehkah dia ini berubah?

Daripada tak ramai kawan ada ramai kawan2 dan bagaimana dia ini boleh dapat kawan yang ramai?

Daripada seorang yang berfikiran negetif menjadi seorang yg rasional dan positif..??

Saya bukan apa kesian tgk dia ni..sentiasa mencari jalan untuk berubah..sanggup berhabis duit gi kursus motivasi, berubat buang saka kononnya..semata2 nak berubah tetapi habuk pun tarak..pernah juga ikut tabligh

Kalau ada idea saya minta halalkan idea anda untuk saya share kepada kawan saya.Moga2 kawan saya ini cepat berubah dengan kehidupan yg beliau inginkan
:D:)

saya rasa kawan anda sedang mengalami depression.
sila jumpa doktor dengan segera.
 
so masalah utama die adalah hutang??
jadi,mengaku lah kesilapan die pada orang yang
dah die pecah amanah,terima apa saja yang bakal berlaku..
dan kalau boleh,bayar la hutang tu,walaupun sikit2..
 
Back
Top
Log in Register