BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kediaman Berteknologi Serba Moden Di The Valley Residences @ SkySierra

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
SkyWorld adalah antara pemaju yang sedang giat membangunkan perumahan-perumahan di kawasan Lembah Klang. Telah banyak perumahan yang dibangunkan oleh mereka dan antara yang sedang dibangunkan adalah The Valley Residences @ SkySierra. Jika anda berada di Lembah Klang dan ingin mencari rumah baru, The Valley Residences ini adalah antara perumahan yang perlu anda pertimbangkan, dan ini adalah antara sebabnya.

SkyWorld_30-950x534.jpg.webp

Rumah Yang Berkonsepkan Dual Key

The Valley Residences @ SkySierra terdiri daripada empat jenis rumah dimana dua daripadanya iaitu jenis B dan jenis D adalah rumah yang berkonsepkan Dual Key. Ini bermaksud kediamannya mempunyai satu unit studio yang dilengkapi dengan bilik air dan dapur yang diasingkan dari unit utama.

Ini memberi kelebihan kepada mereka yang ingin duduk dan menyewakan unit studio ataupun unit utama untuk menjana pendapatan sendiri. Sebagai contoh, unit studio boleh disewakan dan pemilik rumah boleh duduk di unit utama dan mempunyai akses ruang-ruangnya yang lain seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik-blik tidur dan balkoni.

Kotak DB juga dibahagikan kepada dua diantara pecahan unit, sekaligus akan memudahkan pengiraan kadar penggunaan elektrik di antara dua unit tersebut. Unit studio ini juga boleh digunakan sebagai ruang bekerja dari rumah atau digunakan jika anda inginkan ruang privasi sekiranya anda tinggal bersama ibu-bapa.

SkyWorld_43-950x295.jpg.webp

Seni Bina The Valley Residences

Seni bina di bahagian Grand Drop Off juga menampilkan elemen gunung berbatu seperti permukaan batu, elemen kehijauan tumbuh-tumbuhan dan terdapat tirai air bagi tujuan untuk meningkatkan kelembapan udara. Rekabentuk siling di lobi dan gerbang masuknya juga berkonsepkan geometri yang dapat memberikan persepsi yang mewah kepada sesiapa yang berkunjung ke The Valley Residences ini.

SkyWorld_42-950x534.jpg.webp

Teknologi Pengurangan Haba Dan Penjimatan Tenaga

Bangunan ini dilengkapi dengan podium parkir kereta yang dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan yang dapat mengurangkan pemindahan haba ke lantai rumah. Reka bentuk bersama teknologi ini membantu penduduk untuk merasai cahaya matahari yang tidak keterlaluan dan memaksimakan pengudaraan yang semula jadi.

SkyWorld_41-853x1280.jpg.webp


SkyWorld juga telah mengambil inisiatif seperti menggunakan lampu jenis T5 bertenaga rendah di kawasan umum kerana lampu jenis ini menggunakan kuasa yang lebih rendah sekaligus menjadikan proses penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang lebih efisyen.


Kelembapan Udara Yang Dipertingkatkan Dengan Tumbuh-Tumbuhan Hijau

SkyWorld akan menanam sehingga lebih 80 jenis tumbuhan untuk mengawal iklim persekitaran dan dikelilingi dengan seni bina berkonsepkan alam semula jadi yang mampu memberi ketenangan ketika beriadah bersama keluarga.

SkyWorld_40-950x670.jpg.webp


Bangunan ini juga dilengkapi dengan hutan dusun dan Savory Garden dimana anda juga boleh menikmati masa bersama keluarga di sini dengan menanam dan memetik buah-buahan dan sayur-sayuran organik.


Sistem Pengurusan Sisa Automatik

The Valley Residences @ SkySierra dilengkapi dengan sistem pengurusan sisa yang automatik, dimana anda hanya perlu buang sahaja di bahagian yang disediakan dan ia akan dibawa ke tempat pelupusan sampah tanpa memerlukan bantuan tukang cuci. Sistem ini tentunya akan mengurangkan tenaga pekerja dan menjadikan persekitaran kediaman kita lebih bersih dan dapat kurangkan bau busuk daripada sampah kita semua sekaligus membendung masalah serangga perosak.

SkyWorld_39-950x694.jpg.webp

Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik

Tidak banyak kediaman bertingkat pada masa ini memberi kemudahan pengecasan kenderaan elektrik. Tambahan pula inisiatif dari kerajaan untuk memberi pelepasan cukai bagi mereka yang membeli kenderaan elektrik, pasti ramai yang ingin membelinya tetapi risau tentang kemudahan pengecasannya. SkyWorld akan menyediakan stesen pengecasan kereta elektrik kuasa tinggi yang mana menurut SkyWorld mampu membuat pengecasan penuh dalam masa satu hingga tiga jam pengecasan bergantung kepada model kereta yang anda pakai. Cara penggunaannya juga mudah, dimana anda hanya perlu sentuh sahaja untuk membuat pembayaran dan mengecasnya.

SkyWorld_38-950x633.jpg.webp

Aplikasi SkyWorld Connect

Aplikasi ini direka khas oleh SkyWorld untuk memudahkan komunikasi diantara pemilik rumah, pejabat pengurusan dan sekuriti. Banyak perkara anda boleh uruskan dengan hanya menggunakan aplikasi ini sahaja seperti membuat laporan sekiranya berlaku kerosakan di rumah, pendaftaran pelawat dengan memberi akses menggunakan kod QR, tempahan penggunaan kemudahan seperti dewan serbaguna atau ruang BBQ, dan macam-macam lagi.

Ciri-Ciri Menarik Yang Lain

Selain itu, terdapat beberapa lagi perkara menarik tentang The Valley Residences @ SkySierra ini seperti:
  • Lif berkelajuan tinggi 3+1 (Lif servis)
  • Loker bungkusan untuk menyimpan barang yang dibeli secara atas talian dengan selamat
  • 5 peringkat keselamatan termasuk CCTV dan rondaan sekuriti 24 jam
  • 2-3 tempat letak kereta bagi setiap unit
SkyWorld_37-950x619.jpg.webp

Mematuhi Piawaian Green Building Index (GBI)

Skyworld, sebagai syarikat pemaju yang turut menyumbang kepada program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), mereka telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti pembinaan bangunan dengan mematuhi piawaian Index Bangunan Hijau atau Green Building Index (GBI).

SkyWorld_36-950x713.jpg.webp


Apa itu GBI? Sebagai penerangan mudahnya, GBI adalah sistem pengiktirafan yang menilai kualiti bangunan yang berpotensi untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga alam sekitar dengan mengamalkan konsep mesra alam dari segi reka bentuk, pembinaan dan banyak lagi.


Lokasi Yang Strategik

SkyWorld_35-950x535.jpg.webp


The Valley Residences ini terletak di Jalan Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. The Valley Residences merupakan fasa pertama untuk tapak pembinaan SkySierra yang sebesar 13.6 ekar secara keseluruhannya. Menariknya, SkySierra hanya 1.5km dari LRT Setiawangsa, 5km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 100m sahaja dari Aeon Mall AU2.

The Valley Residences ini dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti Sekolah Antarabangsa Brighton, sekolah-sekolah rendah, hospital Gleneagles, dan juga taman-taman rekreasi seperti Taman Titiwangsa.

SkyWorld_33-950x343.jpg.webp

Pelan Rumah

Terdapat 4 jenis rumah yang ditawarkan di The Valley Residences @ SkySierra. Harga permulaannya adalah dari RM508,000 ke atas.
  • Type A – Saiz 800 sq. ft – 3R + 2B
  • Type B – Saiz 1,018 sq. ft – 3R + 2B (Unit Dual Key)
  • Type C – Saiz 1,118 sq. ft – 3+1R + 3B
  • Type D – Saiz 1,318 sq. ft – 4R + 3B (Unit Dual Key)
SkyWorld_32-950x330.jpg.webp

Bangunan-Bangunan Binaan SkyWorld Menerima Pengiktirafan Daripada QLASSIC

SkyWorld telah membangunkan banyak bangunan perumahan dan mereka telah berjaya mematuhi piawaian-piawaian yang telah ditetapkan untuk industri perumahan serta menerima pengiktirafan daripada QLASSIC (Quality Assessment System in Construction) yang merupakan sistem atau kaedah untuk menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7:2014). Antara projek SkyWorld yang berjaya mendapat pengiktirafan daripada QLASSIC adalah SkyLuxe On The Park dengan markah 85%, SkyAwani 2 dengan markah 79% dan banyak lagi.

SkyLuxe-QLASSIC-Achievement-Poster.jpeg.webp

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, The Valley Residences yang terletak di Setiawangsa ini memang akan memenuhi kriteria rumah impian jika anda sedang mencari konsep perumahan yang moden. Banyak juga kemudahan yang disediakan, iaitu sehingga lebih daripada 60 kemudahan di 5 aras berlainan. Kemudahan lain yang anda boleh akses di persekitarannya juga banyak, seperti pusat membeli-belah, sekolah, hospital dan pusat-pusat untuk aktiviti masa lapang.

SkyWorld_31-950x534.jpg.webp


Untuk pengetahuan anda juga, The Valley Residences ini juga telah memenangi banyak anugerah. Antaranya adalah anugerah pembangunan perumahan yang mesra keluarga bermula pada tahun 2018, pemenang anugerah Seni Bina Kediaman Bertingkat Tinggi untuk 2019-2020 dan banyak lagi. Jadi, sekaranglah masa terbaik untuk anda memiliki kediaman dan nikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak SkyWorld melalui kawasan perumahan baharu mereka iaitu The Valley Residences.

skyworld_13-950x534.jpg.webp


Kediaman The Valley Residences ini boleh dimiliki pada harga bermula RM508,000 dengan komitmen bulanan bermula RM1,9XX. Untuk membuat tempahan, bayaran yang dikenakan hanyalah RM1,000 sahaja. Anda juga boleh berjimat sehingga RM22,000 di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020-2021. Melaluinya juga anda boleh mendapatkan pengecualian Duti Setem dan Pengecualian MOT, dan yuran guaman percuma untuk SPA dan perjanjian pinjaman dimana semua ini bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Unit rumah adalah terhad. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai The Valley Residences:
Hubungi : (03) 9212-0457
Waze : SkyWorld Gallery @ Setiawangsa
 
sekrg ni mmg banyak tempat/rumah yg cantik2 and harga pun berpatutan jugak. cuma kadang tu tempat pulak x berapa sesuai dengan tmpt kerja kita.. so kadng jadi susah dekat situ
 
sekrg ni mmg banyak tempat/rumah yg cantik2 and harga pun berpatutan jugak. cuma kadang tu tempat pulak x berapa sesuai dengan tmpt kerja kita.. so kadng jadi susah dekat situ
kannn sis! sumpah cantik2 kot kalau dapat beli rumah yg klcc view memang cantik je!
tapi tu lah kena ada juta2 dulu baru sembang hahaahha. nak beli rumah biasa2 pun belum mampu lagi kan... sedih jek
 
kannn sis! sumpah cantik2 kot kalau dapat beli rumah yg klcc view memang cantik je!
tapi tu lah kena ada juta2 dulu baru sembang hahaahha. nak beli rumah biasa2 pun belum mampu lagi kan... sedih jek
hahahaa tak mau lah wehh! parking kalau orang datang agak limit lepas tu kalau nak jemput kawan2, jauh menapak. haha
nasib tgk covid je. nak beli rumah dah tapi tu lah tak reti nak pilih concept apa dah sbb buta deco kahkah. beli lah rumah view klcc pun tapi interior haukkk buat ape kan!
 
hahahaa tak mau lah wehh! parking kalau orang datang agak limit lepas tu kalau nak jemput kawan2, jauh menapak. haha
nasib tgk covid je. nak beli rumah dah tapi tu lah tak reti nak pilih concept apa dah sbb buta deco kahkah. beli lah rumah view klcc pun tapi interior haukkk buat ape kan!
pegi lah panggil ID melabur lah sikit utk cantikkan rumah tu sebab rumah kalau dalaman cantik, memang sejuk je mata pandang..
balik keje pun relax je...kalau mampu beli rumah view klcc takkan tak mampu nak upah ID kannnnn...huhuhu kalau nak murah, concept biasa2 dah lerrrr
 
kannn sis! sumpah cantik2 kot kalau dapat beli rumah yg klcc view memang cantik je!
tapi tu lah kena ada juta2 dulu baru sembang hahaahha. nak beli rumah biasa2 pun belum mampu lagi kan... sedih jek
betul tu you.. i kadang tu nak juga berangan ada rumah sendiri sebab bukan apa, at least kalau kita x duduk rumah tu boleh la buat mcm kita sewakan atau family nak dtg, duduk je rumah yg dah dibeli. x perlu susah2 cari homestay.. tapi harga nya, mmg pening kepala nak pikir
 
hahahaa tak mau lah wehh! parking kalau orang datang agak limit lepas tu kalau nak jemput kawan2, jauh menapak. haha
nasib tgk covid je. nak beli rumah dah tapi tu lah tak reti nak pilih concept apa dah sbb buta deco kahkah. beli lah rumah view klcc pun tapi interior haukkk buat ape kan!
deco tu xde mslh pun sis.. sbb boleh panggil interior designer punyee.. tpi harga tu yg kena pikir selalu sbb kadang tu mmg susah nak dapat verification untuk beli rumah tu.. melainkan ada contest nak beli rumah kikiki
 
pegi lah panggil ID melabur lah sikit utk cantikkan rumah tu sebab rumah kalau dalaman cantik, memang sejuk je mata pandang..
balik keje pun relax je...kalau mampu beli rumah view klcc takkan tak mampu nak upah ID kannnnn...huhuhu kalau nak murah, concept biasa2 dah lerrrr
hahhaha betul juga.. tapi klcc tu tak sure la worthy ke tidak.. mmg cantik tapi house area dekat bandar ni mcm x best sngt kadang2.. tapi mmg depends pada area
 
deco tu xde mslh pun sis.. sbb boleh panggil interior designer punyee.. tpi harga tu yg kena pikir selalu sbb kadang tu mmg susah nak dapat verification untuk beli rumah tu.. melainkan ada contest nak beli rumah kikiki
mustahil lah nak ada babeeeee...kalau contest menang deco rumah boleh lahhh tu pun dah tutup dah tarikh daftar utk menang contest tu... cuba tgk ni... so, sesiapa yg dah beli rumah tu boleh lah kot tgk mana concept yg bekenan bila dah ada yg menang nanti... ni first time kot tgk cntest macam ni...
 

Attachments

hahhaha betul juga.. tapi klcc tu tak sure la worthy ke tidak.. mmg cantik tapi house area dekat bandar ni mcm x best sngt kadang2.. tapi mmg depends pada area
bagi i, no need klcc view lahhh tak kesah beli rumah flat sekali pun tapi renovate jadikan kondo lagi puas hati!
at least rumah kena cantik dan selesa! tu yg penting sbb rumah tempat berteduhkan!
 
Back
Top
Log in Register