BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai nasi kandar didakwa cuci baki makanan sebelum dimasak semula

750 untuk bisnes mamak ni macam 70 sen je
 
panggil Inpektor Jaganathan (Aruvam) terus seallll itttt
 
'Lain kali tanya dulu, makanan itu dibasuh untuk haiwan jalanan' - Pemilik restoran

Seremban: Pemilik sebuah restoran nasi kandar di sini menafikan dakwaan premisnya mengitar semula sisa makanan susulan tular sebuah video yang memaparkan seorang pekerja sedang membasuh lebihan makanan.

Pemiliknya, Datuk Fadzil A Bakar, berkata tindakan itu sebenarnya dilakukan untuk mengasingkan minyak dan rempah-ratus sebelum diberikan kepada haiwan jalanan.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk menjual semula sisa makanan kepada pelanggan kerana ia akan cepat basi dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

"Makanan itu akan rosak dengan cepat dan pelanggan pasti dapat mengesannya. Kami bukan baru dalam industri ini. Mungkin orang lain lakukan, tetapi kami tidak pernah melakukan perkara sedemikian," katanya.

Fadzil berkata, seorang lelaki mengunjungi restoran itu beberapa tahun lalu untuk mengumpul sisa makanan untuk memberi makan kepada haiwan jalanan seperti kucing dan burung.

Lelaki berkenaan meminta agar makanan itu dibasuh terlebih dahulu untuk membuang minyak, yang boleh menyebabkan penyakit kulit kepada haiwan.

Mengulas mengenai klip video yang tular, Fadzil meluahkan rasa kesal kerana individu yang merakam dan menyebarkannya tidak mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.

"Jika mereka tidak berpuas hati atau melihat sesuatu yang tidak kena, mereka sepatutnya bertemu dengan pengurusan terlebih dulu.

"Saya tidak nafikan reputasi saya terjejas akibat kejadian ini. Namun, tindakan perakam video itu adalah salah, dan menceroboh dapur kami tanpa kebenaran juga satu kesalahan," katanya.

Fadzil berkata, restorannya sudah disiasat Kementerian Kesihatan (KKM) dan laporan polis juga dibuat terhadap peyebar video terbabit.

Katanya beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Restoran berkenaan diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983, dan notis kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Najihah Borhan
Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register