Pendapat saya lebih kepada minuman dan makanan.
Utk local favourite drinks – kopi, teh, nescafe, milo etc
Kopi - boleh jual pelbagai jenis kopi tempatan yang terkenal dari semua negeri seperti kopi hang tuah (Penang) kopi che nah (K.kangsar), kopi tenom (Sabah), kopi cap songkok/Cap gantang (Baling, Kedah), kopi 434 (Muar), kopi Keluang, kopi Kemaman dan sebagainya.
Jika ada bujet lebih boleh lah beli kopi dari Vietnam, Papua, Jamaica, Kenya dan kopi Indonesia iaitu kopi bali, acheh, flores, sumatera dan banyak lagi.
Harga jualan secawan kopi bagi setiap jenis bergantung kepada harga yang dibeli dari pembekal. Kopi ada penggemarnya tersendiri, jangan risau dengan harga, penggemar kopi akan minum kopi yang digemari mereka demi kepuasan.
Teh juga boleh dijual seperti teh berperisa buah-buahan, teh herba dan teh klasik.
Untuk espresso drinks pula – cappuccino, latte, mocha, espresso dll. Gajikan sorang barista yang mahir guna mesin Espresso (boleh tahan jugak harga dia).
Menu makanan boleh jual makanan tradisional orang melayu seperti roti bakar, roti 4 segi (celup dalam kopi), ubi rebus, pisang rebus, lempeng, kuih muih dll.