BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai Ikan 1Malaysia

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
image.jpg


Pengguna kini tidak perlu bimbang kerana berpeluang menikmati bekalan makanan segar seperti ikan dan sayur-sayuran dengan harga berpatutan di cawa*ngan pertama Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang akan dibuka Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kedai Rakyat 1Malaysia, Dila Ruzaini Mohd Hussasin berkata, penubuhan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah untuk menikmati makanan berkualiti dengan harga murah.

“Misalnya jika ikan di pasaran biasa dijual dengan harga RM12 sekilo, di kedai ini kita hanya jual dengan harga RM5 hingga RM6 sekilo.

“Harga di Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia lebih murah antara 30 hingga 40 peratus daripada harga pasaran. Ini kerana kita mahukan golongan berpendapa-tan rendah dapat berbelanja seperti biasa dengan membeli produk yang murah tetapi kesegarannya terjamin,” katanya.

Menurutnya, terdapat lima jenis ikan yang dijual dengan harga rendah seperti ikan pelaling, ikan selayang, ikan kembung, ikan cencaru dan ikan selar.

“Terdapat sekitar 25 hingga 30 jenis makanan laut yang akan dijual termasuk sotong dan udang,” katanya.

Menurutnya, bekalan ikan, sayur-sayuran dan bahan-bahan kering dipero*leh secara borong daripada pembekal bagi memastikan kualitinya terjamin.

“Kita akan membekalkan 10 tan sehari, bagaimanapun, kita akan lihat dahulu bagaimana sambutan pengguna. Sekiranya memberangsangkan, bekalan itu akan ditambah lagi.

“Untuk memastikan kualiti sentiasa terjamin, produk yang dijual akan diperiksa bahagian Kawalan Kualiti. Sekiranya ia tidak menepati piawaian ditetapkan, kita tidak akan jual,” katanya.

Dila Ruzaini berkata, orang ramai dipelawa berkunjung ke Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia di Kompleks Sentral Setiawangsa, berhadapan Sekolah Rendah Taman Setiawangsa.

“Kedai ini dibuka bermula 7 pagi hingga 10 malam. Sebarang kemusykilan atau pendapat bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan kualiti barangan boleh menghubungi talian 016-2773381,” katanya.

 
cpt2 la bukak kedai kt tmpt lain.blh serbu :D
 
Kedai LEMBU 1 Malaysia takde ke? :))
 
jauh beza harga tu.....ikan apa yg ada kat situ
 
camne leh murah sampai camtu sekali?
 
dah jadi jenama perniagaan. sape la dpt projek ni ye.
 
kahkahkah

kenapa x nak buat stesyen minyak 1mesia??? tukar kan je terus petronas tu jadi minyak 1mesia...

semua HARGA dan INFLASI ni naik pon berpunca dari kenaikan HARGA MINYAK...ada 1000 lagi benda mahal masih x diselesaikan...kahkahkah
 
Back
Top
Log in Register