BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Kedai Buku Agama

tahajjud

Fun Poster
Messages
281
Joined
Jun 28, 2013
Messages
281
Reaction score
370
Points
31
Mukaddimah

1460249_496869033760191_442615128_n.jpg


Dengan Nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani

Pembukaan kedai buku agama di CG ini bertujuan adalah untuk menyemarakkan ilmu dikalangan masyarakat pada masa kini :)

Senarai buku yang dijual akan diupdate dari masa kesemasa

1. Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW RM60 detail
2. Hakikat Pemikiran Politik Hasan Al-Banna RM19.90 detail
 
Last edited:
Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW

sirahnabawiyyah.png


Tajuk Buku : Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW
Pengarang : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri
Penterjemah : Muhammad Ramzi Omar
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kulit Buku: Keras (Depan & Belakang)
Ketebalan : 733 muka surat
Cetakan : ke-6 (2011)
Harga : RM 60.00

Al-Rahiq al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW diibaratkan sebagai biografi Nabi Muhammad SAW kerana memaparkan perjalanan hidup Rasul terakhir sebagai utusan Allah yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah Islamiah di muka bumi ini. Baginda telah melalui perjuangan yang amat berliku dan menempuh satu perjalanan hidup yang penuh dengan suka dan duka, kepayahan dan keperitan yang mungkin tidak boleh ditanggung oleh manusia lain. Namun akidah dan tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah SAW telah mencapai kejayaan yang amat gemilang dengan kuasa Allah SWT.

Buku ini turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong kepada kesabaran dan kecekalan tinggi baginda. Antaranya adalah keimanan baginda kepada Allah SWT, menerima kepimpinan yang diamanahkan dengan sepenuh jiwa dan raga, rasa tanggungjawab yang menebal, keimanan terhadap hari akhirat, panduan dari Al-Quran Al-Karim dan pegangan tentang janji yang dikurniakan oleh Allah SWT di atas kemenangan menyebarkan Islam.

Selain memaparkan tentang liku-liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini juga mengetengahkan beberapa strategi dan uslub dakwah yang digunakan oleh baginda, bermula dari peringkat permulaan, peringkat tribulasi dan peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam.

Karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri ini merupakan karya unik dari segi bahasa dan juga susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa yang berkaitan Rasulullah SAW, diceritakan secara kronologi, diperincikan dan boleh digambarkan dengan baik oleh pembaca. Dalam bab akhir buku ini memuatkan beberapa pandangan dan gambaran daripada para sahabat, isteri Nabi Muhammad SAW dan masyarakat setempat tentang sifat dan peribadi baginda.

Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan kepada para pelajar, pendidik, pendakwah dan masyarakat umum sebagai panduan untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Malah masyarakat luar yang ingin mengenali dan memperhalusi keperibadian dan kisah kehidupan Rasulullah SAW.

Al-Rahiq Al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW adalah buku yang paling mendapat sambutan kerana beberapa faktor. Antaranya pengiktirafan sebagai Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah yang dianjurkan oleh Rabithah Al-Alam Al-Islami pada 1396H di Pakistan, yang membawa penceritaan terperinci perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula sebelum kelahiran baginda sehinggalah kewafatan baginda.
 
Hakikat Pemikiran Politik Hasan Al-Banna

hakikatpemikiranpolitikhasanbanna.JPG

Hakikat Pemikiran Politik Hasan Al-Banna

Pengarang :Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Kulit Buku: Lembut (Depan & Belakang)
Ketebalan : 231 muka surat
Cetakan : ke-1 (2012)
Harga : RM 19.90


FENOMENA kebangkitan rakyat telah menjadi kuasa yang cukup menggerunkan dewasa ini terutama merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan beberapa negara lain di kawasan Timur Tengah. Kehendak Rakyat yang sering di gambarkan sebagai vox populi vox dei (suara rakyat, suara Tuhan) sinonim sebagai alat untuk mengawal tindakan kerajaan agar selaras dengan kebajikan dan keutamaan negara. Apa jua nama bentuk perubahan itu, sama ada transformasi, reformasi atau islah, semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan kerajaan bersikap adil, telus, bertanggungjawab terhadap rakyat.

Ini yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna melalui pemikirannya. Melalui buku ini, penulis mengupas pemikiran Hasan al-Banna tentang siyasah syariah. Penulis cuba merungkai pemikiran politik Hasan al-Banna yang selama ini dipersepsikan sebagai tokoh yang menganjur pelbagai cara, termasuk revolusi untuk menegakkan negara Islam.

Berdasarkan analisis dan kajian yang dimuatkan dalam buku ini, pembaca akan mendapati bahawa Hasan al-Banna merupakan seorang yang fleksibel serta menolak kekerasan. Hasan al-Banna menegaskan bahawa tidak menjadi persoalan jika negara itu negara Islam, Negara berparlimen, kesultanan, khilafah atau republik, sepanjang negara itu tidak melanggar syariah Islam dan meletakan prinsip syariah Islam sebagai acuan utama.
 
Back
Top
Log in Register