combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,182
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,182
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Kedah mengumumkan 1 Feb ini sebagai cuti peristiwa bersempena sambutan Thaipusam.
Penetapan cuti itu dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini.
Menurut surat rasmi kerajaan negeri yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Dr Nadzman Mustaffa, cuti peristiwa itu selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Surat tersebut yang diedarkan kepada ketua jabatan negeri dan Persekutuan, ketua badan berkanun negeri dan Persekutuan serta ketua jabatan pihak berkuasa tempatan negeri turut dikongsikan di Facebook Muhammad Sanusi hari ini.
Kedah Umum 1 Feb Cuti Peristiwa Sempena Thaipusam
cuti peristiwa, Kedah, Thaipusam, Menteri Besar Ke