BTC USD 86,159.2 Gold USD 4,318.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Kecoh di Stadium Perak

idak le gitu....

kita pun kena realistik jugak dalam keadaan ini.

kalau kita tengok kat mana2 pun, mesti ada fan yang tak berapa matang.. dan persengketaan antara fan ni pun tak akan berhenti.

ambe cuma nak bawa pemikiran kita supaya sama2 cuba memahami perasaan kedua2 pihak.

harapannya di masa depan golongan pemula provokasi akan dapat di pupuskan. dan golongan teraniaya akan dapat memaafkan.

tapi dalam dunia sebenar ini agak mustahil

Faham...ambe faham..demo tak de niat tak baik...

cuma the funny thing is, bila perkara sedemikian belaku di larkin, takde pulak org2 luar nak ajak memahami pemikiran kedua2 belah pihak. Org2 luar berduyun2 masuk tambah perencah makin ramai adalah...nampak tak bezanya?
 
Hentah.
Bukan I yang cakap.
Pandangan orang ramai + blog-blog semasa.

:">

Ha,ha,ha,:)):)):eek:Ki, ki,:eek::eek: Statement tak boleh blah.Ni la perangai orang Melayu. Depan mulut manis, belakang cakap mengeji, Ore Kelate tu bukan ke Melayu, Kelantan tu letak kat Tanah Melayu. Tuan ni bukan Melayu ke.:-?:-?. atau Ore Kelantan ni tuan rasa Alien:-?:-?

Kita semua nak benda macam ni di hentikan, tapi masih ramai jugak Melayu yang keluar statement melaga-lagakan, merendah-rendahkan sesetengah Negeri, ungkit cerita lama kat FB, Forum, Blog. Kalau macam tu, macamna nak stop huru hara BolaSepak Malaysia ni.

Apa lah korang, pasal Bola pun gaduh, relek - relek je, enjoy the Games
 
Last edited:
Detik hitam sukan bola sepak Perak - Pafa


IPOH 16 April - Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) menyifatkan kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong selepas perlawanan Liga Super antara pasukan tuan rumah dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak malam tadi sebagai sejarah hitam dalam sukan bola sepak negeri ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin meminta maaf kepada para penyokong JDT ekoran insiden tersebut.

Kekecohan tercetus di tempat duduk penonton selepas perlawanan tamat kira-kira pukul 10.45 malam tadi, sehinggakan penyokong JDT terpaksa melarikan ke padang menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berjaya menghalang kejadian lebih buruk.

Setakat ini lapan penyokong Perak ditahan polis kerana membaling objek, membakar suar dan mercun serta mencetuskan kekecohan.
 
sabar2

ranking liga tu rotate 180 darjah. anda juara
 
entah la tuan, ambe org tua dan tak suka tgk bebudak bergaduh sam sendiri....apa lah daya ambe nok nasihat depa...skadar nasihat boleh la...kallu pemimpin depapun takleh nak kontrol. kes mlm tadi ada desas desus sebenarnaya nak malukan pengurusan perak je...kita sokong boleh, minat boleh, taksub tak boleh kecuali kpd sorang je

tu lah tuan...bila ditegur...x diterima..di marah....ckp kita biadap...bila di pukul...makin nak pukul..abehtu ape kita nk buat....bedoa je la tuan...sama2 lah kita berdoa spaya negri2 dalam Malaysia aman dan damai..:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register