BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Perak FA vs Machan FC : Perak FA harap kemenangan kedua

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Perak FA harap kemenangan kedua​

3271052.webp

Mohd Azhar (kiri) bersama Saarani (dua dari kiri) menyempurnakan Pelancaran Jersi Perak FA Musim 2025/26 di Ipoh Parade di sini pada Jumaat.

PERAK FA optimis mencatat kemenangan kedua menentang Machan FC bagi perlawanan Liga A1 Semi-Pro yang dijadual berlangsung di Kompleks Bola Sepak Perak, Chemor esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, momentum pasukan ketika ini amat baik selepas kemenangan pertama menewaskan Perlis GSA FC pada 22 Ogos lalu.

Menurutnya, pemain juga bersemangat selepas menjalani beberapa perlawanan termasuk persahabatan antarabangsa baru-baru ini.

"Saya mempunyai harapan tinggi dengan pendedahan yang kita telah beri. Beberapa permainan telah kita lalui. Pernah kalah, kita merasakan bagaimana perasaan kalah dan bagaimana perasaan seri dan bagaimana perasaan menang.

"Digabungkan dengan jersi baru, saya rasa ia akan menyebabkan Perak beroleh kemenangan kali ini, insya-ALLAH," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Jersi Perak FA Musim 2025/26 di Ipoh Parade di sini pada Jumaat.

Pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sementara itu Mohd Azhar memaklumkan Perak FA semakin hampir melengkapkan pemain dengan membawa masuk seorang lagi import.

Bagaimanapun katanya, terdapat isu teknikal yang perlu diselesaikan sebelum pemain tersebut boleh disenaraikan untuk bermain dalam liga.

"Kita mempunyai penyerang, pertahanan yang bagus dan pemain tempatan yang berkualiti.

"Saya yakin gabungan ini akan serasi dan dapat melakukan banyak jaringan dan juga percubaan," katanya.

Pada 3 September lalu, Perak FA mengumumkan pemain terbaharu mereka, Aliyu Abubakar, 29, dari Nigeria.
 
Back
Top
Log in Register