roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
Susunan Norhadiani Baharom
[email protected]
Walhal, secara lahiriah Pixie bagaikan remaja yang masih bersekolah atau lebih kecil sebenarnya berbanding mereka. Namun, di sebalik saiz tubuh yang ‘petite’, penyanyi Britain ini memiliki vokal cukup mempesonakan.
Bakat luar biasa yang dimiliki Pixie memberi laluan mudah kepadanya mencipta nama dan menawan pasaran muzik dunia.
Bahkan, kehadiran gadis yang berambut perang ini khabarnya digeruni dan dicemburui penyanyi lebih senior di negara kelahirannya termasuk artis muda seperti Miley Cyrus, Hillary Duff dan Demi Lavato.
Hakikatnya, Pixie, yang menguasai dunia muzik dan fesyen, membina reputasi sebagai pencetus kelompok pop, tetapi jangan sangka semua itu mudah diperolehnya.
Dia melonjak mencipta kemasyhuran dalam keadaan sukar dan mencabar, tetapi Pixie begitu cenderung untuk membuktikan dia tidak seperti kebanyakan pencabarnya.
Dia sendiri mengakui kejayaan yang dilalui kini tidak datang dengan mudah kerana terpaksa menunggu 10 tahun untuk mencapai impiannya.
“Saya mula menyanyi sejak kecil dan menyertai pelbagai persembahan serta pertandingan. Percaya atau tidak saya mempunyai simpanan lagu yang cukup banyak dan mula menulisnya sejak usia lapan tahun.
“Namun, hanya selepas 10 tahun barulah impian saya menjadi penyanyi terkenal kenyataan. Ramai orang menganggap saya memperoleh peluang menjadi artis rakaman dengan mudah.
“Saya tidak nafikan setiap kali membuat persembahan orang akan menoleh dua kali untuk melihat siapa yang sedang menyanyi itu kerana tidak percaya gadis kecil molek seperti saya mempunyai vokal yang besar.
“Tetapi untuk menjadi artis rakaman sebenarnya, tidak semudah disangka kerana saya dianggap tidak memiliki pakej lengkap kerana masalah tubuh yang kecil.
“Pakaikan saya dengan pakaian seksi sekalipun, anda tidak akan nampak sudut yang boleh mengaitkan saya sebagai seksi sedangkan seksi itu perlu untuk membuatkan seseorang cepat popular,” katanya.
Pixie menambah dia juga berbangga kerana tidak bergantung pada kemasyhuran program realiti untuk mencipta nama sebaliknya melalui pengalaman dari bawah untuk menempatkan diri sebagai penyanyi.
“Pembabitan dalam program realiti boleh membuatkan seseorang popular secara mendadak kerana mempunyai jutaan peminat yang menonton sesebuah program itu. Namun, saya berpendapat lebih baik ia bermula dari usaha keras.
“Apabila anda mencapai sesuatu kejayaan, anda akan berasa lebih puas kerana ia adalah atas usaha dan titik peluh selama ini. Begitu juga apabila anda menulis lagu sendiri ia membuatkan anda adalah artis yang sebenar.
“Anda boleh menjenamakan sendiri muzik anda bahkan setiap kali menyanyikan lagu sendiri, ia akan menjadi persembahan yang paling jujur,” kata gadis yang mencipta kejayaan apabila single Mama Do (Uh Oh, Uh Oh) yang dimuatkan dalam album Turn It Up, yang dilancarkan pada pada 14 September 2009, terjual melebihi 200,000 unit.
Ketika teman sebayanya masih bermain anak patung Barbie, Pixie pula ke kelas lakonan.
Pada usia 10 tahun dia mendesak ibunya untuk menghantarnya ke agensi dan ketika berusia 11 tahun Pixie memperoleh pembiayaan pelajaran di sekolah kesenian yang cukup berprestij iaitu Italian Conti Stage di London.
“Saya sentiasa berkehendakkan untuk menceburi bidang (seni) ini. Saya menonton program mengenai kejayaan bintang Hollywood seperti Christina Aquilera dan ia cukup memberikan inspirasi,” katanya.
Kebelakangan ini, Pixie rancak bekerjasama dengan produser terkenal, RedOne yang bertanggungjawab menerbitkan album Lady Gaga dan Enrique Iglesias.
Dia akan melancarkan single ketiganya, Cry Me Out pada 30 November ini.
Beralih pada kisah peribadi, selepas penat mencipta nama Pixie berharap dipertemukan dengan seorang lelaki sebagai azam tahun barunya.
Katanya, dia mengidamkan jejaka sehebat Robert Pattinson juga bintang utama filem Twillight.
“Jika dia perlukan teman untuk keluar, anda boleh maklumkan padanya. Saya akan menemaninya bila-bila masa,” katanya.
>Profil
NAMA: Victoria Louise Pixie
NAMA PENTAS: Pixie
TARIKH LAHIR: 12 Januari 1991
TEMPAT LAHIR: Bromley, London, England
UMUR: 18 TAHUN
GENRA: Pop, soul, R&B, Wonky Pop, electropop
LAGU POPULAR: Mama Do (Uh Oh Uh Oh), Boys and Girls dan Cry Me Out
PEKERJAAN: Penyanyi, pencipta lagu, pelakon dan penari
KEBOLEHAN: Bermain piano
LAKONAN: Membintangi The Saturdays, VV Brown, Tinchy Stryder, N-Dubz, Frankmusik, Kid British, Chipmunk, MPHO, Ironik, Bashy, dan McLean
tgk gambar jer la
)

Last edited: