Quecha
Active+ Member

- Messages
- 4,248
- Joined
- Nov 8, 2017
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 1,459
- Points
- 111
SEJAK Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik menyertai kabinet sebagai Menteri Ekonomi, formula menurunkan harga kereta yang pernah dikupas Rafizi kembali ditularkan netizen.
Merak juga antara rakyat Malaysia yang tidak sabar menunggu penurunan harga kereta selepas melihat harga sebenar kereta Perodua Myvi menurut Rafizi hanya sekitar RM25,000 tidak termasuk cukai.
Selain Myvi, menurut Rafizi, harga sebenar tak termasuk cukai kereta Toyota Camry pula ialah RM71,000 manakala harga sebenar Honda Civic kira-kira RM63,000.
Merak tidaklah teruja sangat dengan penurunan hampir separuh harga Toyota Camry dan Honda Civic yang dikupas Rafizi, namun teruja dengan harga mampu milik Myvi berkenaan.
Pada harga RM25,000 seunit, Merak percaya kereta berkenaan mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat di negara ini. Harga ini serupa dengan kereta Perodua Kancil satu masa dulu yang menyaksikan kereta tersebut menjadi pilihan orang ramai terutamanya mereka yang baru bekerja.
Kereta dipakai Merak Jalanan untuk ke pejabat juga telah melebihi usia 10 tahun. Jika pada harga RM25,000, Merak Jalanan pun teruja nak 'sambar' satu Myvi untuk kegunaan ke pejabat.
www.sinarharian.com.my

Tak sabar tunggu harga Myvi turun ke RM25,000
SEJAK Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik menyertai kabinet sebagai Menteri Ekonomi, formula menurunkan harga kereta yang pernah dikupas Rafizi...