BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kebijaksanaan pemimpin

frozentribe

Fun Poster
Messages
522
Joined
Feb 26, 2006
Messages
522
Reaction score
0
Points
10
petikan dari harakahdaily.net

Saya ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu untuk memikirkan kebijaksanaan pemimpin UMNO.

Contoh Pertama

Pusat Sukan Prestasi Tinggi (High Performance Sports Center) di Brickendonbury, London berharga RM 490 Juta kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina adalah untuk membiasakan atlit-atlit kita dengan cuaca sejuk.

Soalnya bila pula Malaysia bertanding Olimpik musim sejuk? Bukankah Olimpik diadakan pada musim panas? Sukan Asia dan Komanwel juga semasa musim panas.

Bila pasukan bolasepak kita berlawan dengan negara-negara ASEAN, adakah mereka bermain pada musim sejuk?

Contoh Kedua

Program angkasawan negara bernilai RM 95 Juta tujuannya hendak memajukan teknologi aeroangkasa tempatan, tetapi apa faedahnya kalau pergi ke angkasa setakat nak buat teh tarik, tebar roti canai, main congkak dan batu seremban?

Bukankah dua bakal angkasawan kita seorangnya doktor seorang lagi doktor gigi? Kenapa tidak dibuat eksperimen perubatan atau pergigian?

Contoh Ketiga

Pembinaana Istana negara yang baru bernilai RM 400 Juta. Yang pasti kontraktor UMNO dapat untung, apakah perlu satu lagi istana sedangkan istana di putrajaya sudah ada? istana negara yang sekarang hendak dibuat apa pula? Peranan Yang Dipertuan Agong cumala ceremonial dan tidak boleh menegur kepimpinan kerajaan.

Jumlah keseluruhan: (RM 490 Juta + RM 400 Juta + RM 95 Juta = RM 985 Juta

Para pembaca harakah, sesiapa ada cadangan bagaimana wang tersebut boleh digunakan untuk manfaat rakyat? Saya ada banyak cadangan antaranya:

* Ditingkatkan kemudahn di sekolah-sekolah termasuk memberi makanan berkhasiat kepada kanak-kanak sekolah. Makanan di kantin sekolah kita hari ini tidak berkhasiat malah menyebabkan kanak-kanak mengantuk contohnya makanan pedas.
* Ditingkatkan kemudahan dan peralatan di hospital-hospital awam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Sudah banyak komplen tentang mutu perkhidmatan hospital.
* Menaikkan gaji polis dan tentera yang menjaga keamanan negara, baru-baru ini kerajaan menolak permintaan KPN untuk kenaikan gaji polis.
* Memasang lampu di bahagian lebuhraya yang tiada lampu jalan, tol naik lampu tidak dipasang.
* Menggalakkan industri kecil dan sederhana untuk mengurangkan pengangguran graduan melayu dan remaja-ramaja melayu.

Ada cadangan lagi? Silakan.
 
banyak rumah anak2 yatim milik persendirian perlu dibantu...
 
cadangan saya supaya naikkan lagi harga tol , cukai , minyak bagi supaya lagi banyak projek2 dan kerja kerja juta juta dapat dilaksanakan bagi memenuhkan lagi poket para menteri ...
 
petikan dari harakahdaily.net

* Ditingkatkan kemudahn di sekolah-sekolah termasuk memberi makanan berkhasiat kepada kanak-kanak sekolah. Makanan di kantin sekolah kita hari ini tidak berkhasiat malah menyebabkan kanak-kanak mengantuk contohnya makanan pedas.
* Ditingkatkan kemudahan dan peralatan di hospital-hospital awam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Sudah banyak komplen tentang mutu perkhidmatan hospital.
* Menaikkan gaji polis dan tentera yang menjaga keamanan negara, baru-baru ini kerajaan menolak permintaan KPN untuk kenaikan gaji polis.
* Memasang lampu di bahagian lebuhraya yang tiada lampu jalan, tol naik lampu tidak dipasang.
* Menggalakkan industri kecil dan sederhana untuk mengurangkan pengangguran graduan melayu dan remaja-ramaja melayu.

Ada cadangan lagi? Silakan.
saya mencadangkan segala projek diatas diberi pula kpd kontarktor pas...kontraktor pas nak merasa gak...
beri bantuan kemudahan dan segala pembangunan kat negeri kelantan..kesian rakyat kelantan terpaksa keluar dari negeri utk mencari rezeki...sdgkan ramai golongan profesional dan bussinessman dlm negara berasal dari kelantan...
last sekali pilihanraya akan dtg bagi pas plak lah pegang pemerintahan...semua pemerintah pas teringin gak jadi menteri...dapat duk kerusi empuk di putrajaya
insyaallah PAS akan menang pilihanraya kali ni..
ALLAHUAKBAR!
 
emm kerajaan skrg nie x fikir masalah rakyat....
tahun nie tolnaik....minyak naik....
gaji mcm tu gak....kilang2 pun banyak dh cabut
pi china ngan thailand kos tinggi kat malaysia....
apa yg boleh aku katakan......
banyak sangat pembaziran...kebajikan rakyat dia abaikan...
 
x perlu berkata apa2 lagi...sampai masa pangkah lah parti yg ada rasa layak memimpin negara malaysia yg kita cintai ini dan dpt mengukuhkan syiar islam di bumi bertuah bernama malaysia
 
pusat sokan kat cuace sejuk? nak wat pe? sedangkan dengan cuace sederhane kite sendiri pun dapat nombol corot..
 
pusat sokan kat cuace sejuk? nak wat pe? sedangkan dengan cuace sederhane kite sendiri pun dapat nombol corot..
kalau ikut amarah aku...hentikan sukan yg x menjaminkan pingat emas atau kemenangan terutama bolasepak...hanya tuhan saja tau betapa sakit hati aku..betapa gembira dan bangganya jika ada lagi pengganti allahyarham super mokh n da team
 
betul tuh...memang betul bola sepak nih sukan no 1 di dunia..tapi di malaysia takde la no 1 sangat..minat mmg la no 1..tapi main no brape aku tak tau..ape kate naikkan sepak takraw..dah tentu itu permainan kite...tengok pencapaian pun tau..no 2 setiap tahun..itu dah cukup baik..
 
no 1 kebelakang hi hi hi buang duit,buang tenaga,buang air liur...main bola peringkat kg2 sudah la..hadiah bagi hamper..kira ok lah tu..:)
 
Back
Top
Log in Register