BTC USD 83,391.7 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebesaran solat 2 rakaat

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,642
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,642
Reaction score
1,100
Points
191
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan
lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih

dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."



Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan...


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

*"Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata, Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya.."
 
jom sama-sama kita rajin bangun solat sunat..solat dhuha pun elok kita amalkan
 
info cmni yg buat aku rs rugi selama ni..
kene stat bykkn solat sunat 2 rakaat dh ni
 
info cmni yg buat aku rs rugi selama ni..
kene stat bykkn solat sunat 2 rakaat dh ni

betul bro..tapi macam aku kan..xde la baik..tapi ada la selalu solat sunat..tapi susah la nk istiqamah..ada je halangan..kalau time busy or malas tu Ya Allah..liat
 
Dari Hadith Riwayat Abu Daud -

Sesungguhnya yang pertama tama akan dihisab dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat itu ialah Shalat. Tuhan berfirman kepada malaikat sedangkan Ia maha lebih mengetahui "Periksalah shalat hambaku, cukupkah atau kurangkah?". Maka jika cukup dicatatkan cukup. Tetapi jika terdapat kekurangan, Tuhan berfirman pula "Periksalah lagi, apakah hambaku itu mempunyai amalan shalat sunat?" Jika terdapat ada shalat sunatnya, lalu Tuhan berfirman lagi "Cukupkanlah shalat fardhu hambaku itu dengan shalat sunatnya". Selanjutnya diperhitungkan amal perbuatan itu munurut cara demikian"...
 
betul bro..tapi macam aku kan..xde la baik..tapi ada la selalu solat sunat..tapi susah la nk istiqamah..ada je halangan..kalau time busy or malas tu Ya Allah..liat

Takpa bro, untuk permulaan buat setakat yang mampu. Allah maha penyanyang lagi maha pengampun. Lebih baik ada sikit daripada takde terus.:D
 
info cmni yg buat aku rs rugi selama ni..
kene stat bykkn solat sunat 2 rakaat dh ni

Biasalah, demi masa sesungguhnya manusia itu selalu dalam kerugian....:(
 
Antara solat solat sunat yang ditekankan oleh Rasulullah :-

1. Solat Fajar.
2. Solat Dhuha.
3. Solat witir.

Tak masuk solat qabliyatan, baqdiyatan, tahajjud, hajjat, taubat dan sunat sunat yang lain!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register