eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PAPAR 27 Ogos – Sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan lima bilik darjah di Sekolah Rendah Agama Papar di Kampung Buang Sayang di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi ini, dipercayai akibat perbuatan khianat.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Khirudin Drahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu kerana siasatan awal mendapati, tiada kerosakan berlaku pada sistem pendawaian bangunan berkenaan.
“Selain itu, sebelum kebakaran berlaku, ada saksi mendakwa ternampak seorang kanak-kanak lari dari kawasan sekolah tersebut.
“Berikutan itu, kita sedang menyiasat perkara ini dan tidak menolak kebakaran ini disengajakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Khirudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pukul 9.19 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, dua buah jentera dengan kekuatan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh sejam.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, guru sekolah terbabit, Khatijah Mohd. Nor ketika dihubungi berkata, dia ternampak kepulan asap keluar dari bilik darjah berkenaan dan terus menghubungi bomba.
“Saya dimaklumkan oleh adik ipar saya yang kebetulan lalu di kawasan itu dan terus menelefon bomba,” katanya.