BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebaikan Tahi Telinga ?????

stitch_cute

Active Member
Messages
1,944
Joined
Mar 23, 2007
Messages
1,944
Reaction score
1
Points
25
Satu perkara yang anda tidak mahu lakukan ialah membuang tahi telinga. Pelik tapi benar! Tahi telinga bukanlah sejenis kotoran seperti yang terdapat pada kulit badan.Sebaliknya, rembesan normal seperti lilin ini dihasilkan untuk melindungi telinga. Ia seperti sebuah kereta dilindungi dengan lapisan penggilap.

Jika telinga dimasuki air, ketika berenang atau mandi, tahi telinga yang licin akan membuatkannya bergerak jauh dari gegendang telinga. Tambahan pula, tahi telinga yang berasid menghalang pembiakan bakteria atau kulat disebabkan permukaan telinga yang lembap dan gelap.

Ramai orang tidak menjaga atau secara tepat, membersihkan telinga kerana ia adalah satu proses pembersihan secara semulajadi. Tahi telinga akan perlahan-lahan bergerak ke bahagian lorong telinga dan hilang. Jika perlu, gunakan sehelai kain basah dan bersihkan bahagian telinga luar.

Menurut Robert K. Jackler, seorang profesor pembedahan neurologi dan pakar telinga, hidung dan kerongkong (ENT) di Universiti California, San Francisco, beliau melarang mengorek telinga dengan putik kapas kerana perbuatan ini akan mengeluarkan sedikit tahi telinga tetapi menolak sebahagian tahi kedalam telinga.

Di samping itu, tindakan ini boleh meningkatkan risiko merosak atau memecahkan gegendang telinga secara tidak sengaja, terutamanya apabila menggunakan pin rambut.

Jadi bagaimana hendak membersihkan telinga..??Kebanyakan orang tidak menghasilkan terlalu banyak tahi telinga. Jika adapun segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan secara berkala iaitu mungkin dalam tempoh enam bulan atau setahun skali.

Selain itu, pakar perubatan juga menggalakkan penggunaan minyak zaitun atau minyak bayi. Titiskan beberapa titisan minyak kedalam kedalam telinga dan biarkan selama beberapa minit dengan baring diatas tuala. Lakukannya seminggu atau setiap hari, dan ia sudah cukup untuk membawa keajaiban.

Amalan popular dikalangan masyarakat India sejak turun-temurun lagi dimana pada hari2 kebesaran seperti Deepavali, minyak kelapa dituang ke dalam telinga untuk mendapatkan pendengaran yang jelas.
 
pas nie kite jgn dok korek telinga...kite biarkn tahi telinga yg penuh baru withdraw....4% 100 hari...

korek idung jea la pas nie....nyeh3
 
taik hidung plak.. ada kebaikan dak??
ngeh 3x :D

entah aku pn x tau...klw x de fatwa yg menyatakan kebaikan tahi idung ...so kira byk keburan dr kebaikan...baik korek jea.... nyeh4:D
 
Kalau tahi idung kita tak di withdraw..kita sukar untuk bernafas..hahaha.:))
 
:eek: :eek: :eek: :eek: leh jadi isu lak pasal taik telinga nie ekkk
 
Back
Top
Log in Register