BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keasyikan diulit GRO terbantut

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
xpix_frontpage,qhm.pagespeed.ic.I4_65UC0q5.webp


KUALA LUMPUR: Keasyikan 32 lelaki diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi di pusat hiburan di Kepong, terbantut apabila diserbu anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, malam tadi.

Serbuan dilakukan pasukan anggota D7 dari IPK Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Eu Kee Leong dan Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan bersama tujuh anggota D7, pada 9.30 malam.


Premia berkenaan diserbu hasil maklumat awam berikutan disyaki mengambil pekerja tanpa permit sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam serbuan itu, 13 wanita warga Vietnam berusia 23 hingga 28 tahun ditahan polis ketika sedang leka melayan pengunjung.


Menurutnya, hasil pemeriksaan GRO terbabit tidak mempunyai permit kerja yang sah dan menyalah guna pas lawatan sosial.


“Premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan tamat tempoh pada Ogos tahun ini.

“Dalam serbuan itu kita turut menahan seorang wanita yang menjadi penjaga premis terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Gan berkata, pemeriksaan ke atas pelanggan yang berkunjung ke premis terbabit mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dibebaskan selepas keterangan diambil.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Keasyikanlelakiterbantut//Article?BeritaUtama
 
hari2 aku baca dan dengar polis serbu tempat2 maksiat camni tapi skali pon aku x pernah baca dan dengar yg tokey kepada club2 camtu ditahan, masuk lokap, kena penjara etc...

hmmm....
 
henjut dlm gelap ni. mcm mber ak cite la
 
hari2 aku baca dan dengar polis serbu tempat2 maksiat camni tapi skali pon aku x pernah baca dan dengar yg tokey kepada club2 camtu ditahan, masuk lokap, kena penjara etc...

hmmm....

setel offline kut..:D
 
pelanggan semua dilepaskan.. tak salah rupanya langgan gro ni...
 
Back
Top
Log in Register