BTC USD 82,559.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keajaiban Selawat

alhamdulillah..info yang berguna dan ilmu yang bermanfaat tu..
 
ingat mengingati sesama kita....

sudah berselawat kita ari nie...:-?
 
bagi mereka yang ingin berubat.. amalkan ini.. kuasa menyembuh hanyalah Allah s.w.t

SelawatSyifa.jpg


“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam
 
alhamdullilah...alangkah indah dan damainya hati yang sentiasa berselawat,,...insyallah...
 
nariyah.bmp


Iaitu Selawat bagi menghilangkan kegundahan, kedukaan dan bagi menunaikan hajat. Bacalah 11 kali tiap-tiap lepas sembahyang. Istimewa pada hari Jumaat dan malamnya

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat dengan sempurna dan kurniakanlah kesejahteraan secukupnya ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w rahmat yang dengannya terbuka segala ikatan, hilang segala kesusahan, terlaksana segala hajat dan tercapai segala cita-cita dan dipohonkan kesudahan yang baik diharapkan turun hujan dengan berkat wajah baginda yang mulia dan limpahkanlah rahmat dan kesahteraan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda pada setiap gerakan mata dan hembusan nafas sebanyak bilangan benda yang ada dalam maklumanmu."

Selawat Nariyah juga dinamakan selawat Kamaliah atau Tafrijiyah. Disamping berkhasiat agar rezeki tidak terputus dan untuk mencapai hajat, selawat tersebut juga berkhasiat agar rezeki seperti hujan turun dari langit dan tumbuh dari bumi.

Demikian menurut keterangan Syeikh Muhammad at-Tanusi yang mengatakan : "Barangsiapa mendawamkan yakni membiasakan membaca selawat nariyah atau kamilah itu setiap hari 11 kali, maka rezekinya seolah-olah turun dari langit dan muncul dari bumi.

Selain itu menurut Imam Ad-Dainuri, bahawa siapa membiasakan membacanya setiap selesai solat subuh setiap hari sebanyak 41 kali, maka yang dicita-citakan berhasil pula termasuk urusan rezeki.

Imam Ad-Dainuri berkata, barangsiapa membaca selawat nariyah atau kamilah setiap selesai dari solat 5 waktu sebanyak 11 kali sebagai wirid rutin, maka rezekinya tidak akan terputus dan mengalir terus, serta memperolehi kedudukan yang tinggi.


Jika seseorang mempunyai hajat agar cepat berhasil maka bacalah selawat nariyah sebanyak 4444 kali dalam satu majlis, dibaca sendiri atau beramai-ramai.


Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.


Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam
 
Back
Top
Log in Register