BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keagungan Islam- Alhambra

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
pernah dengar nama alhambra?
The Alhambra (from Arabic الْحَمْرَاء = Al-Ħamrā', literally "the red one"; the complete name was الْقَلْعَةُ ٱلْحَمْرَاءُ = al-Qal'at al-Ħamrā' = "the red fortress") is a palace and fortress complex of the Moorish rulers of Granada in southern Spain (known as Al-Andalus when the fortress was constructed during the mid 14th century), occupying a hilly terrace on the southeastern border of the city of Granada.
ianya adalh kota binaan dinasti nasrid granada yang kemudiannya ditakluk oleh tentera kristian (sejarah lanjut boleh rujuk andalusia dalam thread history ini)

apa yang menarik, kota ini letaknya nun jauh di dataran bukit yang tinggi, tetapi mempunyai banyak taman-taman yang mengandungi pacuran dan kolam

Kota ini di bina pada tahun 1238 oleh Abdallah ibn al-Ahmar dan telah ditakluk oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada tahun 1492

salahsatu tarikan disini adalah Taman Generallife atau lebih dikenali sebagai Jannatul Arif. Dulu taman ini menjadi taman peribadi pemerintah dinasti nasrid dan ditanam dengan pelbagai pohon buahan dan bunga
Alhambra_Generalife_fountains.jpg


450px-Granada_Alhambra_Fuente_de_lo.jpg

jangan terkejut pulak bila tengok 'singa' ini...inilah yang dipanggil Court of Lion....memang dalam ISlam dilarang kita membina patung, tetapi ianya tidak lengkap sifat. tujuan ianya dibina bagi mengambarkan kekuatan pemerintahan islam dahulu di granada.

031106_alhambra_1.jpg

PatiodeslosLeones.jpg

dan mengikut pengkaji sejarah, air pacuran Court of Lion ini berfungsi sebagai tempat berwuduk bersebelahan dewan mengadap raja (yang kemudiannya dikenali sebagai Hall of Ambassador-tempat dimana Columbus bertemu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella bagi mendapat perkenan belayar menjelajah dunia)
ianya dibina dengan perkiraan matematik dan astrologi Islam dimana apabila tiba waktu solat, air pacuran tersebut akan mengeluarkan air untuk berwuduk


Patio_de_los_Arrayanes.jpg

bayangkan juga bagaimana tempat yang tinggi di atas bukit boleh ada kolam yang sentiasa penuh airnya. ini kerana secara simboliknya, pemerintah islam ketika itu mahukan kolam yang sentiasa penuh dengan air bagi melambangkan kekuasaan islam itu hebat dan sentiasa dirahmati olehNya!

Alhambra_Generalife_fountains.jpg
 
Last edited:
den ada tengok kat discovery hari tu.. Bayangkan duduk atas bukit buleh buat kubu.. last2 jadi istana.. :D
 
800px-Atauriques-1.jpg

sehingga hari ini pengkaji pertukangan barat mengkagumi ketelitian yang ada pada senibina ini. setiap batu yang di ukir merupakan penghayatan pemerintah islam kepada Yang Esa, juga tiada langsung bentuk figurine atau seni tampak manusia atau haiwan(kecuali Court of Lion)
800px-Arcos_en_patio_de_los_leones_.jpg
 
alhambra ini bolehlah dianggap kemuncak terangnya syiar Islam di tanah sepanyol.
ingat bagaimana islam mula jejak di benua eropah? tariq ib ziad yg tiba di gibraltar apabila mendarat di pantai telah membakar kapal yg membawa tentera islam supaya nanti tidak terlintas di fikiran mereka untuk berpatah kembali!
dari situ bermulalah kegemilangan islam.

walaupun ianya negara islam, kawasan ini turut didiami oleh mereka yang beragama Jews dan Christian.walaupun bukan islam, mereka turut menikmati perlindungan yang sepatutnya di bawah pemerintah islam ketika itu. malah kalau di ikut kajian politik barat hari ini, nasib penduduk bukan islam di kawasan berkenaan adalah lebih baik dari mereka yang dibawah kerajaan christian rome pada zaman pertengahan. majmuknya masyarakat disini sedikit sebanyak menyumbang kepada kepelbagaiaan ilmu.

bayangkan semasa kemuncak syiar islam di sana, sebanyak 70 perpustakaan menyimpan 600,000 naskah ilmu manakala perpustakaan di paris hanya menyimpan 2000 naskah.
malah jika dibandingkan pada tahun 1995, sepanyol hanya mengeluarkan 46,000 naskah buku.


800px-La_rendicin_de_Granada-1.jpg


jatuhnya alhambra tanpa sebarang tentangan bersenjata dari pemerintah terakhir menunjukkan betapa lemahnya islam ketika itu.

dan pengkaji barat juga mengakui, pelayaran christopher columbus ke benua amerika sebenarnya adalah kerana banyak ilmu yang terkandung di granada membolehkan wujudnya sebuah peta yang hampir lengkap untuk dia belayar mencari tanah jajahan baru atas nama kristian.
 
Last edited:
layan lagu nie... Francisco Tarrega - Recuerdos De La Alhambra syahdu sungguh...
 
Istana Alhambra dibina di Granada di penghujung zaman pemerintahan Islam di Andalusia. Alhambra di kota Granada merupakan kubu terakhir yang tumbang yang menandakan jatuhnya Islam di Andalusia.

memang cantik. setiap dinding bangunan dipenuhi ukiran yang berunsurkan alam seperti daun dan bunga, dan juga berunsurkan abstrak.
di dinding2 kota juga boleh dilihat kalimah 'La Ghalib Illallah' yang bermaksud 'there's no conqueror but Allah' ataupun 'hanya Allah satu-satunya penakluk'.
 
Istana Alhambra dibina di Granada di penghujung zaman pemerintahan Islam di Andalusia. Alhambra di kota Granada merupakan kubu terakhir yang tumbang yang menandakan jatuhnya Islam di Andalusia.

memang cantik. setiap dinding bangunan dipenuhi ukiran yang berunsurkan alam seperti daun dan bunga, dan juga berunsurkan abstrak.
di dinding2 kota juga boleh dilihat kalimah 'La Ghalib Illallah' yang bermaksud 'there's no conqueror but Allah' ataupun 'hanya Allah satu-satunya penakluk'.

tetapi akhirnya islam tersungkur di bumi spain kerana pemerintahnya mula ingkar....
 
Back
Top
Log in Register