BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Sambut Baik Arahan PM Berkaitan Keputusan Perolehan PDRM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,879
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,879
Reaction score
290
Points
146
9aeccd369f8b06e9c68132dc19c4a44b696af7c985f30

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada perasmian Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Padang Serai, semalam.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyambut baik arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait dengan isu rasuah, dibekukan sementara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Awang Alik Jeman bagi menentukan tindakan sewajarnya seiring dengan arahan Perdana Menteri itu.

“Keadaan sekarang ini, Perdana Menteri berpendapat ada keperluan untuk tengok semula (perolehan) … kaji semulalah maksudnya.

“Kami menyambut baik di KDN, kerana hal ini berkaitan dengan hala tuju yang selalu Perdana Menteri sebut tentang elak penyelewengan, soal amalan tatakelola yang baik, terutama sistem perolehan, setiap sen wang rakyat itu harus dipertanggungjawabkan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Padang Serai dekat sini.

Saifuddin Nasution berkata arahan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai satu reset atau penetapan semula terhadap keputusan perolehan di KDN yang merupakan antara kementerian yang mendapat peruntukan besar setiap tahun bagi tujuan pengurusan dan pembangunan.

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan semua keputusan perolehan ATM dan PDRM yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

 
Back
Top
Log in Register