BTC USD 81,828.5 Gold USD 4,026.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN nafi lantik ejen urus permohonan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pihaknya melantik ejen bagi urusan permohonan seperti kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, ada pihak yang cuba mendekati pemohon untuk memproses permohonan dengan mengenakan caj antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap permohonan.

"Saya memandang serius hal ini.

"Jika kita kenal pasti pemohon atau ejen tertentu telah menyuap pegawai-pegawai saya, kita akan ambil tindakan dengan menarik balik permohonan dan nama mereka yang terlibat akan disenarai hitam," tegasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berurusan terus dengan mana-mana pejabat agensi rasmi KDN untuk menguruskan sebarang permohonan.
 
iye la tu...
ntah ke dia pun sama amik pot...
 
byk sgt kerenah birokrasi.....itu pasal kdg2 org ingat kalau guna ejen, boleh settle cepat.....manusia ni mmg sgt2 bijak...mcm2 cara diorg guna utk tipu org.
 
Back
Top
Log in Register