BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KDN Laksana Program Dokumen Pendaftaran Pelarian Urus Isu Secara Tersusun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

KDN Laksana Program Dokumen Pendaftaran Pelarian Urus Isu Secara Tersusun​

3e57f279c8f62c970b436288b18b63186a2d37a066e83

fb Kementerian Dalam Negeri - KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen (JIM) sedang melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi mengurus isu golongan itu secara tersusun, selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 (Semakan 2023).

KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu diwujudkan bagi membolehkan kerajaan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti lebih tepat, lengkap dan boleh disahkan mengenai individu yang berada dalam kategori pelarian.

"Data ini penting bagi memperkukuh keselamatan negara, meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan membantu kerajaan merangka dasar yang lebih berasaskan fakta serta keadaan sebenar di lapangan.

"Usaha ini bukan bertujuan memberikan kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia. Status mereka kekal tertakluk kepada mekanisme sedia ada termasuk  proses penempatan semula ke negara ketiga yang diuruskan melalui saluran berkaitan," menurut kenyataan itu.

Selain aspek keselamatan, data yang tepat juga penting bagi membolehkan kerajaan merangka dasar yang lebih teratur dan terkawal berhubung pengurusan pelarian yang berada dalam negara.

Menurut KDN, sekiranya pelarian yang memenuhi syarat tertentu diberikan akses kepada peluang pekerjaan yang sah, pelaksanaannya akan tertakluk kepada dasar dan kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Pendekatan ini bukan bertujuan menambah jumlah warga asing dalam pasaran pekerjaan negara, sebaliknya mengurangkan kebergantungan kepada kemasukan pekerja asing baharu serta memenuhi keperluan sektor tertentu yang berdepan kekurangan tenaga kerja," menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan sebarang akses pekerjaan yang diberikan akan memberi tumpuan kepada sektor yang berdepan kekurangan tenaga kerja dan kebergantungan tinggi terhadap pekerja  asing, khususnya sektor berintensifkan buruh seperti perladangan, pertanian dan pembinaan.

Pada masa sama, mana-mana individu yang dibenarkan bekerja secara sah akan tertakluk sepenuhnya kepada undang-undang dan peraturan pekerjaan negara termasuk pematuhan kepada kadar gaji minimum dan perlindungan pekerja yang berkuat kuasa.

 
Back
Top
Log in Register