helmisaman
Legendary Member

- Messages
- 11,106
- Joined
- Jul 15, 2011
- Messages
- 11,106
- Reaction score
- 266
- Points
- 131
13/09/2011 5:25pm
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mempunyai peruntukan simpanan daripada sebahagian RM26 juta dana Olimpik tahun depan, sebagai persediaan skuad bola sepak dan skuad hoki lelaki negara sekiranya mereka layak ke sukan temasya terbesar dunia itu. (harap-harap layaklar...amin...)
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kedua-dua pasukan itu, yang dilihat berpotensi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London itu, melibatkan kumpulan atlet yang besar. "Kita perlu mempunyai peruntukan simpanan supaya tidak menghadapi tekanan atau kekangan kewangan sekiranya kedua-dua pasukan tersebut layak ke London,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran kementeriannya di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media mengenai cadangan pihak tertentu yang mahu KBS menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada sukan-sukan yang berpotensi meraih emas seperti badminton dan berbasikal.
Katanya, selain bola sepak dan hoki, sukan-sukan dalam program ”Road to London” iaitu berbasikal, badminton, terjun dan memanah kini berada di atas landasan yang betul dan diharap akan menyumbang pingat menerusi temasya tersebut. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_33.htm