BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kayu Hutan, Mesin Gergaji Bernilai RM338,300 Dirampas Di Besut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,139
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,139
Reaction score
346
Points
141

Kayu Hutan, Mesin Gergaji Bernilai RM338,300 Dirampas Di Besut​

c883f32dd27493d345557bae7d03dedd6aa275065599e

Kredit: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA)

Sebanyak 383 batang kayu hutan dan tiga mesin gergaji bernilai keseluruhan RM338,300 dirampas dalam Ops Bersepadu Khazanah (Sawmill) di sebuah kilang papan di Kampung Gong Tengah di Besut, semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan kira-kira 4.30 petang itu dijalankan Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

"Ketika serbuan terdapat empat lelaki berada di kawasan kilang berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen pencukaian kayu.

"Hasil pemeriksaan menyeluruh di kawasan kilang menemukan 383 batang kayu hutan dan tiga unit mesin gergaji dipercayai digunakan untuk memproses kayu berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga mesin gergaji yang dirampas dianggarkan bernilai RM300,000 manakala 383 batang kayu hutan pula kira-kira RM38,300.

Ahmad Radzi berkata hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek berusia antara 40 hingga 52 tahun baru bekerja empat hari di kilang itu dan menerima bayaran berdasarkan jumlah kayu yang diproses iaitu RM110 bagi setiap tan.

"Rakaman percakapan turut mendapati bekalan kayu berkenaan dipercayai diperoleh dari Temerloh, Pahang dan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan sebelum dibawa ke sekitar Jertih untuk diproses," katanya.

Beliau berkata mereka yang ditahan berserta barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) serta Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985.

 
Back
Top
Log in Register