BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kata-kata Jururawat Buka Hati Isteri Untuk Dermakan Organ Suami

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kata-kata Jururawat Buka Hati Isteri Untuk Dermakan Organ Suami​

765a03f5899577cb6a1faa5da428e8246a82c4def01d0

Isteri kepada penderma organ, Nor Asmani Ahmad, 44, bersama anak tunggalnya, Muhammad Harith Mirza, 17, menunjukkan gambar bersama Allahyarham Mohd Khairil Jamaludin ketika ditemui di sini hari ini.

Kata-kata ringkas seorang jururawat mengenai peluang menyelamatkan nyawa menerusi pendermaan organ membuka hati seorang pembantu tadbir Norasmani Ahmad, 44, untuk membuat keputusan yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

Norasmani berkata pada mulanya beliau keberatan untuk membenarkan organ suaminya Allahyarham Mohd Khairil Jamaludin, 44, didermakan selepas disahkan meninggal dunia akibat kematian otak.

“Saya memang tidak mahu menderma organ suami kerana rasa kasihan melihat jenazah. Tetapi seorang jururawat dipanggil Kak Ros berkata kepada saya, bukan semua orang yang Allah pilih untuk menerima keadaan seperti ini.

“Jururawat yang menguruskan suami saya semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan melalui kematian otak, Khairil mungkin dapat membantu orang lain untuk terus hidup. Kata-kata itu sangat mendalam dan memberi kesan kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kemudian Norasmani dan ahli keluarga mula mempertimbangkan keputusan pendermaan organ, termasuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak hospital serta seorang ustaz.

Penjelasan itu, katanya penting kerana bimbang jasad penderma tidak akan sempurna selepas organ dikeluarkan.

“Bila ustaz terangkan mengenai hukum dan fatwa berkaitan pendermaan organ, saya rasa lebih jelas dan lega. Saya juga tanya anak dan dia juga bersetuju.

“Sebelum ini, suami saya juga sering menyatakan hasrat untuk membantu orang lain walaupun tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan,” katanya yang bekerja sebagi pembantu tadbir di sebuah sekolah di sini.

Beliau berkata keputusan pendermaan dibuat pada 12 Ogos kira-kira 3 petang, manakala proses pengambilan organ Allahyarham dilakukan kira-kira 3 pagi keesokan harinya yang secara kebetulan jatuh pada Hari Pendermaan Organ Sedunia.

 
Back
Top
Log in Register