BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kasino nelayan, petani diserbu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEKINCHAN - Tindakan pasangan suami isteri yang menjadikan rumah banglo dua tingkat mereka sebagai 'kasino mini' sejak sebulan lalu untuk petani dan nelayan terbongkar apabila diserbu di Kampung Baru di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, seramai sembilan petani termasuk pasangan terbabit ditahan ketika sedang asyik berjudi.

Selain tangkapan, polis turut merampas wang pertaruhan berjumlah RM8,000.

Pemilik premis itu turut memasang dua buah kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Pegawai Pencegahan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Supritendan Maszely Minhad berkata, ketika serbuan, kesemua suspek yang berusia di antara 38 hingga 63 tahun cuba melarikan diri.

"Pemeriksaan mendapati rumah tersebut dilengkapi dengan beberapa bilik khas yang disediakan untuk petani dan nelayan melepaskan lelah sambil berjudi selepas seharian bekerja.

"Siasatan awal mendapati rumah tersebut dijadikan tempat untuk berjudi sejak tiga minggu lalu," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.
 
syabas bukit aman,dulu kat sarawak pun ada kes mcm ni.tp dalang dia adun sarawak sendiri..hampeh
 
syabas bukit aman,dulu kat sarawak pun ada kes mcm ni.tp dalang dia adun sarawak sendiri..hampeh

kat mana2 pun sama...tuh genting tuh sape dalang dia plak?siap bg lesen lagi..:D
 
erk.. jadi duit rm8000 tu last2 nyer pegi mana?? >:) >:) >:)
 
kat mana2 pun sama...tuh genting tuh sape dalang dia plak?siap bg lesen lagi..:D

so klau pr memerintah dia nak tarik lesen ka. ckp boleh la buatnya tidak.......
 
ni mesti nelayan dan petani yg kaya2 ni :))
 
Back
Top
Log in Register