JaMeQ
Legendary Member

- Messages
- 16,164
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2007
- Messages
- 16,164
- Reaction score
- 105
- Points
- 123
petikan dr media Berita Hairan >> Rabu 19 Mac 2008
Rafidah Gugur Dipersoal
Exco Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari, ketika ditemui, berkata mereka datang atas kerelaan sendiri untuk menyatakan pendirian berhubung ketiadaan Rafidah dalam barisan Kabinet baru.
"Kita hendak Rafidah dilantik sebagai menteri kerana dia Ketua Wanita Umno yang mewakili satu pertiga daripada ahli parti dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN). Sekarang kami tidak ada wakil dalam kerajaan," katanya.
>>BH Jumaat 21 Mac 2008
Keahlian saya dalam Wanita Umno tidak perlu dipersoal: Azalina
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman berkata keanggotaannya dalam Pergerakan Wanita Umno tidak perlu dipersoalkan kerana semua ahli Puteri Umno secara automatik didaftar sebagai ahli Wanita Umno sebaik umur mereka melepasi had ditetapkan.
Azalina yang juga bekas Ketua Puteri Umno berkata, perkara itu termaktub dalam perlembagaan Puteri Umno sejak pergerakan itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden Umno pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ditanya mengenai kedudukan beliau tanpa jawatan dalam Wanita Umno walaupun beliau seorang menteri Kabinet, Azalina berkata perkara itu tidak relevan untuk diperkatakan sekarang.
“Saya ialah Naib Ketua Umno Bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tapi ahli Umno dilantik sebagai menteri Kabinet.
>> Harakahdaily 21 Mac 2008
Kebanyakan pemimpin Wanita Umno yang ditemuramah kecewa kerana 'tidak seorangpun' wakil sayap Umno itu dilantik menganggotai kabinet.
Apa yang menghairankan saya, bekas Ketua Puteri Umno, Dato' Azalina Othman Said telah pun disenaraikan sebagai Menteri Pelancongan menggantikan rakan karib peguam kontroversi VK Lingam, Dato' Tengku Adnan Mansor.
Azalina pernah disebut-sebut bakal mencabar Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita Umno dan hasratnya itu disokong secara terbuka oleh Ketua Umno Bahagian Cheras.
Pastinya Azalina sudah menganggotai Wanita Umno, jika tidak mustahil namanya disebut-sebut sebagai pencabar Rafidah. Jadi mengapa pula Azalina tidak diiktiraf Wanita Umno sebagai mewakili organisasi mereka sungguh pun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Bukankah Azalina Othman Said itu perempuan?
>> Jameq 22 Mac 2008
Kesian Azalina...adakah status jantina beliau sdg dipersoalkan oleh puak2 wanita Ameno???
Ayuh !! kak azalina...buktikan!! kasi tunjuk bukti kewanitaan mu itu