BTC USD 80,616.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kasihan Azalina..

JaMeQ

Legendary Member
gem
Messages
16,164
Paid Membership
Joined
May 15, 2007
Messages
16,164
Reaction score
105
Points
123
050705_5.jpg


petikan dr media Berita Hairan >> Rabu 19 Mac 2008

Rafidah Gugur Dipersoal

Exco Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari, ketika ditemui, berkata mereka datang atas kerelaan sendiri untuk menyatakan pendirian berhubung ketiadaan Rafidah dalam barisan Kabinet baru.

"Kita hendak Rafidah dilantik sebagai menteri kerana dia Ketua Wanita Umno yang mewakili satu pertiga daripada ahli parti dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN). Sekarang kami tidak ada wakil dalam kerajaan," katanya.


>>BH Jumaat 21 Mac 2008


Keahlian saya dalam Wanita Umno tidak perlu dipersoal: Azalina

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman berkata keanggotaannya dalam Pergerakan Wanita Umno tidak perlu dipersoalkan kerana semua ahli Puteri Umno secara automatik didaftar sebagai ahli Wanita Umno sebaik umur mereka melepasi had ditetapkan.

Azalina yang juga bekas Ketua Puteri Umno berkata, perkara itu termaktub dalam perlembagaan Puteri Umno sejak pergerakan itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden Umno pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya mengenai kedudukan beliau tanpa jawatan dalam Wanita Umno walaupun beliau seorang menteri Kabinet, Azalina berkata perkara itu tidak relevan untuk diperkatakan sekarang.

“Saya ialah Naib Ketua Umno Bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tapi ahli Umno dilantik sebagai menteri Kabinet.



>> Harakahdaily 21 Mac 2008

Kebanyakan pemimpin Wanita Umno yang ditemuramah kecewa kerana 'tidak seorangpun' wakil sayap Umno itu dilantik menganggotai kabinet.

Apa yang menghairankan saya, bekas Ketua Puteri Umno, Dato' Azalina Othman Said telah pun disenaraikan sebagai Menteri Pelancongan menggantikan rakan karib peguam kontroversi VK Lingam, Dato' Tengku Adnan Mansor.

Azalina pernah disebut-sebut bakal mencabar Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita Umno dan hasratnya itu disokong secara terbuka oleh Ketua Umno Bahagian Cheras.


Pastinya Azalina sudah menganggotai Wanita Umno, jika tidak mustahil namanya disebut-sebut sebagai pencabar Rafidah. Jadi mengapa pula Azalina tidak diiktiraf Wanita Umno sebagai mewakili organisasi mereka sungguh pun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Bukankah Azalina Othman Said itu perempuan?


>> Jameq 22 Mac 2008
Kesian Azalina...adakah status jantina beliau sdg dipersoalkan oleh puak2 wanita Ameno???

Ayuh !! kak azalina...buktikan!! kasi tunjuk bukti kewanitaan mu itu:eek: :eek: :eek:
azalina2.jpg
 
err nak tanya sket ...

kalau ada puteri UMNO .. ada pemuda UMNO

abis kalau wanita UMNO .. lawan dia apa ek ??
 
err nak tanya sket ...

kalau ada puteri UMNO .. ada pemuda UMNO

abis kalau wanita UMNO .. lawan dia apa ek ??

GT..PUTERI AMNO LWN DIA PUTERA AMNO..

WANITA AMNO LWN DIA PEMUDA AMNO ( WALAUPUN X BETUL SBB PEMUDI AMNO SEPATUTNYER TP XDER)

LWN WANITA AMNO SEBENARNYA DAN SEPATUTNYER LELAKI AMNO

DLM KES NIH AZALINA MCM XDER TEMPAT... PATUT BUKAK LG 1 SAYAP

MAKDARA AMNO:p
 
susah jugak ek ...

?????? UMNO

unexplained

ko x yah pening2... bg puak dorang je xplain...

tak xplain pun xper...bukan nyer lama lagi.. nak pupus dah:))
 
aku rasa azalina elok jadi ketua Anak Dara Tua Umeno
 
Back
Top
Log in Register