BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kasih Yang Bertaktha

syamimrosdi

Freshie
Messages
7
Joined
Jul 21, 2016
Messages
7
Reaction score
0
Points
3
Assalamualaikum dan selamat malam, Mari baca,ditulis sepenuhnya oleh saya,akan diupdate diruangan comment bab 1-8,jikalau ada yang ingin membaca dan tolong jangan copy dan ciplak hasil penulisan saya..

Sinopsis Cerita

Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama shahril yang bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat terkemuka di Bandar Johor Bahru dan beliau bertemu kembali dengan kawan kolejnya,Syikin yang sudah dua tahun terpisah.Kehadiran syikin membuatkan shahril terus tersenyum dan lebih bersemangat lagi untuk meneruskan kerjayanya dan kehidupan sehariannya itu.
Namun,perhubungan mereka berdua terhenti seketika apabila syikin ternampak pemuda itu bersama-sama dengan wanita lain keluar bersama-sama dengan pemuda itu.Apabila konflik di antara dua mereka telah pun selesai,ada satu lagi yang menimpa mereka berdua iaitu ayah kepada pemuda itu tidak setuju untuk menghantar rombongan meminang kepada wanita itu.Oleh itu pemuda itu berusaha dan cuba untuk memujuk ayahnya itu.
Setelah semua itu selesai datangnya seorang wanita yang pada dulunya adalah kawan kepada Syikin Othman dan kedatangan wanita itu membuatkan perhubungan di antara shahril dan syikin renggang dan tidak rapat lagi.Pemuda itu cuba untuk mengeratkan kembali hubungannya itu dengan pelbagai cara lalu semua itu tetap tidak menjadi kerana kehadiran orang ketiga.
Syikin Othman membawa dirinya pergi jauh dari situ kerana kecewa dan pasrah dengan pemuda itu.Pemuda itu mencari syikin tapi tidak menjumpainya,namun syikin terjumpa dengan lelaki yang merupakan kawan beliau sewaktu di kolejnya dulu.Shahril terus mencari dan masalah itu dapat diselesaikan,Namun kehadiran lelaki itu membuatkan shahril tidak selesa.
Suatu hari,Syikin Othman mengalami kemalangan yang sangat serius sewaktu dia hendak pulang ke kampungnya.wanita itu koma selama setahun,shahril kesal kerana tidak mempercayai wanita itu.Siapakah yang menyebabkan syikin kemalangan? dan Adakah kawan kepada syikin othman akan berdiam diri atau terus menganggu shahril dan syikin?
 
slmt mcoretkn jln cite ek tuan...hehehee....mga2 ia bjy dinovel n dibukukn kelak :D
 
Harap ada yang sudi membaca dan comment,tq..

Bab 1
Bandar Johor Bahru yang tersegam indah bersama angin yang bersepoi-sepoi bahasa sahaja. Pada pagi ahad ini,seorang pemuda yang bernama shahril seperti biasa bersiap untuk pergi ke tempat kerja,pemuda yang berumur 25 tahun ini.Sebelum ini beliau menyambung pengajiannya di sebuah kolej swasta yang terletak di Bandar Batu Pahat.Harini genap 2 tahun beliau bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat yang terletak di Bandar Johor Bahru.Beliau merupakan anak ketiga kepada tiga adik beradik.Seperti biasa sebelum beliau pergi ke tempat kerjanya pagi itu,Beliau akan menelefon ibunya yang berada di kampung.shahril berjalan ke keretanya untuk pergi ke tempat kerjanya selepas selesai menelefon ibunya.Rumahnya terletak tidak jauh dari tempat kerjanya.Hari ini adalah hari penting bagi beliau iaitu hari yang mana dia akan melakukan pembentangan bagi projeknya.Beliau tidak boleh lewat ke pejabat kerana projek kali ini amat penting sekali.


Selepas parkingkan keretanya di tempat parking,beliau bergegas keluar dari keretanya menuju ke pintu utama pejabatnya.Setibanya di pintu utama pejabatnya itu,matanya ternampak seseorang wanita yang sedang berdiri di kaunter pertanyaan sedang bertanya kepada pekerja yang menjaga kaunter tersebut.Apapun beliau harus cepat untuk pembentangan yang akan beliau sampaikan. Setelah sampai ke pejabatnya di tingkat atas,beliau terus masuk ke bilik meeting untuk membentangkan projek yang bakal dibentangkan sebentar sahaja lagi.Beberapa jam kemudian, selesailah pembentangan projeknya itu,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Seketika kemudian datangnya seorang wanita yang bertudung labuh sekali.Maka secara tiba-tiba pemuda itu terpandang wanita yang melalui di hadapan pejabatnya itu.
Di dalam hatinya berkata “Macam aku pernah nampak tapi dimana ye?”
Tiba-tiba beliau teringat kembali,rupa-rupanya dia baru sahaja ternampak wanita tersebut pada pagi tadi di pintu utama pejabatnya itu.


Waktu menunjukkan sudah pukul 1.00 petang,sudah tiba masanya untuk dia keluar makan tengahari.Seperti biasa dia pergi ke bilik kawannya untuk mengajak kawannya ini menemankannya pergi ke kedai makan berhampiran dengan pejabatnya itu.Lagi sekali langkahnya terhenti secara tiba-tiba kerana melihat seorang wanita yang berdiri di hadapannya dan ingin menanya sesuatu kepada pemuda itu.Lalu wanita itu pun berkata,
”Surau di tingkat berapa ye?” Pemuda itu terdiam seketika,
lalu kawannya menjawab persoalan wanita itu,”Di tingkat 3 pejabat ini”
“Ok terima kasih,”wanita itu berkata sambil menoleh ke arah pemuda yang bernama shahril itu.
Wanita itu berlalu pergi,lalu shahril menanyakan soalan kepada kawannya,“sapa wanita itu?”
“ Pekerja baru di syarikat ini,sebelum ini dia bekerja di syarikat lain,” kawannya menjawab.
”La yeke ingatkan sapa tadi,”shahril berkata sambil matanya memandang sekeliling pejabatnya itu.
“Oklah Jom kita pergi makan,” kawannya mengajak.
Shahril Dan kawannya meneruskan perjalanan pergi ke kedai makan untuk pergi makan tengahari.


Diwaktu sedang menjamu selera di restoran yang biasa shahril dan kawannya makan pada tengahari itu,shahril terpandang wanita yang dia lihat di pejabatnya tadi,sedang menjamu selera ditempat yang sama bersama-sama kawannya.Disaat dia asyik memandang wanita itu,wanita itu terpaling dan ternampak yang dia sedang diperhatikan oleh shahril.Pemuda itu tersipu malu apabila wanita yang dia lihat itu terperasan yang dia sedang diperhatikan lalu pemuda itu menolehkan pandangannya ke tempat yang lain.Pemuda itu merasakan bahawa yang dia semacam pernah berjumpa dan pernah berkenal dengan wanita tersebut dan dia tertanya-tanya di dalam hatinya,
“Macam aku pernah jumpa dia sebelum ini,tapi dimana ye?.”
Dia berfikir bukan sahaja di pejabat pagi tadi tetapi sebelum ini pun dia macam pernah berjumpa dengan wanita itu.Akan tetapi dia terlupa di mana dan bila dia berjumpa dengannya.



Tiba dirumahnya,shahril terus sahaja berbaring di atas katilnya dan berfikir sapa wanita itu, “adakah dia pernah berjumpa wanita itu sebelum ini?” Untuk kepastian shahril terus mengambil telefonnya dan mendail nombor telefon kawannya dan bertanya kepadanya tentang wanita itu. Kawannya mengatakan yang nama wanita itu adalah syikin othman,hanya itu saja yang kawannya tahu tentang wanita itu,itu pun kawannya terdengar dari kawan-kawannya yang lain. Samada betul ataupun tidak,itu kawannya tidak pasti,pemuda itu tiba-tiba teringat kembali,nama wanita itu seperti kawan wanitanya sewaktu dia belajar di kolej dulu.Dia mula terfikir adakah dia adalah wanita yang sama iaitu kawan kolejnya itu.Pemuda itu mula pening dengan semua itu lalu dia menutup lampu dan terus melelapkan matanya untuk tidur.


Keesokan harinya,pemuda itu sibuk menguruakan projeknya yang baru diterima oleh pengarah syarikat itu semalam.Hari ini pemuda itu langsung tidak nampak lagi wajah wanita yang dia terlihat semalam.Dia masih lagi tertanya-tanya,seminit kemudian sedang dia sibuk dengan kerjanya.Wanita yang merupakan pekerja baru syarikat ini,tiba-tiba muncul di hadapan meja pejabatnya Dan bertanya kepada pemuda itu satu soalan,
“Encik boleh saya tahu bilik Encik kamal dimana?”
Encik kamal adalah bahagian “department human resources.”
Lalu pemuda itu pun menjawab,“bilik Encik kamal di tingkat 4 sebelah kanan”
Lalu wanita itu mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.
“Cik,boleh saya tahu nama cik,?” tiba-tiba shahril menyoal.
wanita itu,menjawab “nama saya syikin othman,encik.”
“Awak ini Nurul Syikin Othman ke?” Shahril menyoal lagi
“Ye Encik,kenapa ye?” Tanya Syikin
“Awak tidak kenal saya ke?” Shahril menyoal kembali.
“Saya Muhamad Shahril Irshad kawan kolej awak dulu,” shahril berkata.
“Awak? patutlah macam saya kenal saja awak ini? Tapi ingat-ingat lupa..” wanita itu berkata.
“La yeke ingatkan awak dah tak ingat saya dah..” shahril berkata.
Wanita itu hanya tertawa Dan memberitahu serta meminta maaf kepada pemuda itu yang dia akan sambung perbualan itu di kemudian hari kerana dia ingin menyambung kerjanya dan ingin berjumpa dengan Encik kamal.


Shahril bagaikan tidak menyangka yang beliau akan berjumpa kembali dengan gadis itu setelah 2 tahun mereka tidak berjumpa.Shahril tersenyum sendirian di atas katilnya kerana teringat kembali apa yang berlaku pada siang tadi di pejabatnya itu.Tiba-tiba telefonnya berdering Dan dia melihat nombor kawannya menelefonnya lalu dia menjawab panggilan itu.
“ Hello,Assalamualaikum ye ada apa telefon aku malam-malam ini?” Shahril bertanya.
“ Tiada apa aku hanya nak tanya kau tentang projek baru yang bos bagi itu hari,dah siap ke?” Kawannya bertanya.
“ Belum lagi masih dalam proses,lagipun due datenya lagi seminggu lagi.” Shahril berkata.
“Oklah kalau macam itu,maaf aku ganggu kau malam-malam ini.” kawannya berkata.
“Tidak mengapa,assalamualaikum dan selamat malam.Shahril mengakhiri perbualan tersebut.
 
Back
Top
Log in Register