syamimrosdi
Freshie
- Messages
- 7
- Joined
- Jul 21, 2016
- Messages
- 7
- Reaction score
- 0
- Points
- 3
Assalamualaikum dan selamat malam, Mari baca,ditulis sepenuhnya oleh saya,akan diupdate diruangan comment bab 1-8,jikalau ada yang ingin membaca dan tolong jangan copy dan ciplak hasil penulisan saya..
Sinopsis Cerita
Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama shahril yang bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat terkemuka di Bandar Johor Bahru dan beliau bertemu kembali dengan kawan kolejnya,Syikin yang sudah dua tahun terpisah.Kehadiran syikin membuatkan shahril terus tersenyum dan lebih bersemangat lagi untuk meneruskan kerjayanya dan kehidupan sehariannya itu.
Namun,perhubungan mereka berdua terhenti seketika apabila syikin ternampak pemuda itu bersama-sama dengan wanita lain keluar bersama-sama dengan pemuda itu.Apabila konflik di antara dua mereka telah pun selesai,ada satu lagi yang menimpa mereka berdua iaitu ayah kepada pemuda itu tidak setuju untuk menghantar rombongan meminang kepada wanita itu.Oleh itu pemuda itu berusaha dan cuba untuk memujuk ayahnya itu.
Setelah semua itu selesai datangnya seorang wanita yang pada dulunya adalah kawan kepada Syikin Othman dan kedatangan wanita itu membuatkan perhubungan di antara shahril dan syikin renggang dan tidak rapat lagi.Pemuda itu cuba untuk mengeratkan kembali hubungannya itu dengan pelbagai cara lalu semua itu tetap tidak menjadi kerana kehadiran orang ketiga.
Syikin Othman membawa dirinya pergi jauh dari situ kerana kecewa dan pasrah dengan pemuda itu.Pemuda itu mencari syikin tapi tidak menjumpainya,namun syikin terjumpa dengan lelaki yang merupakan kawan beliau sewaktu di kolejnya dulu.Shahril terus mencari dan masalah itu dapat diselesaikan,Namun kehadiran lelaki itu membuatkan shahril tidak selesa.
Suatu hari,Syikin Othman mengalami kemalangan yang sangat serius sewaktu dia hendak pulang ke kampungnya.wanita itu koma selama setahun,shahril kesal kerana tidak mempercayai wanita itu.Siapakah yang menyebabkan syikin kemalangan? dan Adakah kawan kepada syikin othman akan berdiam diri atau terus menganggu shahril dan syikin?