BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karpet makam Nabi dilelong

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
DOHA 20 Mac - Permaidani bersulam mutiara berusia lebih 100 tahun yang dihasilkan di India untuk menghiasi makam Nabi Muhammad SAW di Madinah dilelong di sini semalam pada harga kira-kira AS$5.5 juta (RM20.1 juta).

Pengendali rumah lelongan Sotheby berkata, 'Pearl Carpet of Baroda' itu ketika mula dibuka untuk bidaan harganya jatuh kepada AS$4.5 juta (RM16.4 juta) kerana hanya ada beberapa pembida sahaja.

Jurucakap Sotheby, Habib Basha berkata, pembeli permaidani itu merupakan salah seorang daripada tiga pembida yang tidak berhajat untuk mendedahkan dirinya.

Adalah dipercayai karpet itu telah diserahkan oleh Maharaja Baroda untuk diletak di makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi di Madinah, kata Sotheby dalam laman webnya.

Bagaimanapun maharaja berkenaan meninggal dunia dan karpet tersebut telah diserahkan oleh ahli keluarganya.

Terdapat tidak kurang dua juta mutiara asli bermutu tinggi dikenali sebagai 'basra' yang diambil dari perairan Teluk Arab dijadikan sulaman bagi menghasilkan karpet tersebut, katanya.

Karpet itu telah mendapat tumpuan utama pada Pameran Delhi pada tahun 1902-1903 sebelum di bawa ke Monaco.

Ia kembali dipamerkan di New York pada tahun 1985. - AFP

P/S: Moh sapa nak beli kapet?
 
gamba takde ke?
 
Dipamer di New York?
 
2_279732_1_252.jpg

yg ini ke
 
kalo aku, daripada pergi beli carpet berjuta2. baik aku beli rumah trus kt mekah, duduk sane beribadat je..bawak mak bapak sekali, insyallah rezeki lagi bertambah.
 
kalo aku, daripada pergi beli carpet berjuta2. baik aku beli rumah trus kt mekah, duduk sane beribadat je..bawak mak bapak sekali, insyallah rezeki lagi bertambah.

Kalau aku lak...buat macam tu juga tapi tak rezeki bertambah tu aku tak nak fikirdah...dah ada RM20juta nak buat apa lagi duit dah...tutup semua...tutup business, tutup HP, tutup web site, tutup email...beribadat saja sepanjang masa...

Tang tutup akaun CG tu kena fikir dulu
:)):)):))
 
Back
Top
Log in Register