eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PETALING JAYA: Cukup licik apabila seorang lelaki menggunakan kejayaan penganjuran sebuah karnival untuk menarik minat sekumpulan peniaga menjalankan perniagaan menggunakan konsep sama sebelum bertindak memperdaya mereka menyerahkan wang puluhan ribu ringgit sebagai bayaran sewa.
Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Shamsul berusia lingkungan 30-an bertindak sebagai wakil penganjur karnival yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kota Damansara di sini, selama tiga hari mulai Jumaat lalu.
Bagi meyakinkan peniaga, lelaki itu turut mendakwa artis popular seperti kumpulan Spider, XPDC dan Mila AF5 akan membuat persembahan sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung.
Lelaki itu juga mendakwa karnival akan dirasmikan seorang menteri selain mendapat liputan media.
Namun, janji yang diberikan kepada peniaga hanya ‘auta’ kerana karnival yang dianjurkan itu tidak lebih seperti pasar lambak selain mendapat sambutan dingin masyarakat kerana kurang promosi.
Difahamkan, sebuah bank tempatan turut menjadi mangsa lelaki itu dan setiap peniaga dikenakan bayaran antara RM600 dan RM1,200 bagi satu tapak.
Mangsa, Lee Bok Lan, 30, berkata dia kerugian ribuan ringgit apabila menyertai karnival itu kerana lelaki terbabit tidak menunaikan apa yang dijanjikan selain tidak menyediakan prasarana seperti yang didakwanya sebelum ini.
“Dia mendakwa karnival itu hebat dengan publisiti meluas, namun ia hanya janji manis untuk menarik minat saya menyewa tapak perniagaan di sana sedangkan karnival itu tidak lebih seperti pasar lambak.
“Mana tidaknya, boleh dikatakan tiada orang yang berkunjung ke situ. Malah, kemudahan seperti tandas dan lampu juga tidak disediakan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Lee, dia amat terkilan kerana diperdaya lelaki berkenaan yang sudah dikenalinya sejak lebih dua tahun lalu.