BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karipap 80 sen seketul?

stended dkt kl skang 3 bijik - rm 1.20
kalau 5 bijik - rm 2.00

ni kalau seketul 80 posen belum beli banyak2 lagi..
 
dia nak jual berapa pun lantak dia...yg penting kita ni jgn beli langsung
 
gile mahal..... kat kl masih ade 3 singgit...
 
mesti dia guna bahan import neh..
tepong, ayam, kentang sumer dia import..
bila dah barang import, mesti ada cukai..
bila ada cukai, kos makin bertambah..
tu yg effect kat harga karipap tuh.. :D

AKU PAKAR EKONOMI
 
Kalau mahal x payah belila... bawa jer bekal dari rumah... kasi ajar sikit peniaga tu...
 
image.jpg


BATU FERINGGHI - RM0.80 seketul, itulah harga biasa bagi kuih karipap di sekitar kawasan Batu Feringghi.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa gerai kuih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati kebanyakan peniaga sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

Kunjungan ke sana gara-gara aduan seorang pelancong mengenai pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 untuk seketul pisang sahaja.

Ketika ditanya kepada peniaga kenapa harganya begitu mahal, jawab seorang peniaga di situ ia kerana karipap berintikan ayam.

Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap pula menjual seketul karipapnya dengan harga 60 sen.

Peniaga itu juga ditanya soalan yang sama gara-gara harganya yang agak mahal, jawabnya kerana peniaga di situ menjual 80 sen dan dia menjual murah sedikit daripada peniaga berkenaan.

Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan kerana tidak masuk akal.

Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan* menikmati kuih tradisional berkenaan.

“Bagi saya harga yang dijual ini begitu mahal tidak padan dengan kualitinya, jika ia besar dan betul-betul penuh dengan inti ayam tidak mengapa, tetapi apabila saya rasakan, seketul inti ayam langsung tiada dan agak kosong.

“Jadi kenapa logiknya peniaga meletakkan harga sehingga 80 sen seketul bagi setiap karipap?, saya lihat pelancong asing pun tidak membelinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi pengadu, Kamaliah Hassan berkata, tidak dinafikan harga kuih pada masa kini sudah naik namun ada sesetengahnya yang naik dengan tidak munasabah.

Katanya, kebiasaannya kuih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.

“Tetapi bila 80 sen seketul memang tidak berbaloi langsung dan tidak munasabah harganya kepada pelanggan atau pengguna.

“Saya berharap supaya ada pihak yang melihat perkara ini dengan serius kerana harga yang ditawarkan juga adalah imej kepada pelancongan sekitar,” katanya.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/karipap-80-sen-seketul-1.41674

Saya dok dekat Batu Ferringhi dulu. karipap yg dimaksudkan mungkin dekat beach side tu kot. Saya tak pernah makan karipap kat sini. Mungkin karipap yang dimaksudkan ialah karipap yang besar2 tu kot. Sebijik RM1.00. Kat Penang banyak jual camni.

Kalau jual kecik tapi mahal camni toksah la beli. Dah tau mahal gi beli gak apsal. Tanya la dulu harga. Ni gi makan dulu pastu baru tanya/bayar. Haha


Selalu kalau datang sini saya akan makan rojak (kat dengan tangga nak turun bawah dari tepi jalan. memang sedap!) dengan mee udang jek (fuh... masih teringat rasanya sampai sekarang).

Dulu Shafie Apdal jaga harga barang kat Malaysia ni. Ada kaitan tak? Hahahaha. saje je provoke :p

 
80 sen??.. mahal sungguh.. kawasan aku baru 40 sen.. 30 sen pon ada
 
kena masukkan salah satu barang harga terkawal ni. baru xde org naikkan harga sesuka mak enon.
 
Back
Top
Log in Register