BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karipap 80 sen seketul?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BATU FERINGGHI - RM0.80 seketul, itulah harga biasa bagi kuih karipap di sekitar kawasan Batu Feringghi.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa gerai kuih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati kebanyakan peniaga sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

Kunjungan ke sana gara-gara aduan seorang pelancong mengenai pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 untuk seketul pisang sahaja.

Ketika ditanya kepada peniaga kenapa harganya begitu mahal, jawab seorang peniaga di situ ia kerana karipap berintikan ayam.

Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap pula menjual seketul karipapnya dengan harga 60 sen.

Peniaga itu juga ditanya soalan yang sama gara-gara harganya yang agak mahal, jawabnya kerana peniaga di situ menjual 80 sen dan dia menjual murah sedikit daripada peniaga berkenaan.

Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan kerana tidak masuk akal.

Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan* menikmati kuih tradisional berkenaan.

“Bagi saya harga yang dijual ini begitu mahal tidak padan dengan kualitinya, jika ia besar dan betul-betul penuh dengan inti ayam tidak mengapa, tetapi apabila saya rasakan, seketul inti ayam langsung tiada dan agak kosong.

“Jadi kenapa logiknya peniaga meletakkan harga sehingga 80 sen seketul bagi setiap karipap?, saya lihat pelancong asing pun tidak membelinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi pengadu, Kamaliah Hassan berkata, tidak dinafikan harga kuih pada masa kini sudah naik namun ada sesetengahnya yang naik dengan tidak munasabah.

Katanya, kebiasaannya kuih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.

“Tetapi bila 80 sen seketul memang tidak berbaloi langsung dan tidak munasabah harganya kepada pelanggan atau pengguna.

“Saya berharap supaya ada pihak yang melihat perkara ini dengan serius kerana harga yang ditawarkan juga adalah imej kepada pelancongan sekitar,” katanya.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/karipap-80-sen-seketul-1.41674
 
Last edited:
gempak......paling mahal pernah aku jmpe pun 50 sen tp 2 kali ganda stgh dr atas tu la ahaha
inti ayam tp x dek pun ayamnye dlm tu huhu
 
kat kedah 3 biji seringgit mcm tu,
 
erk, mahalnya. kat tempat den pun paling tinggi 50 sen. tp besar..
 
kat sabah ada yang jual Rm 1 - 4 biji tapi x sedap
yang jual Rm 1 - 3 Biji kira average la
Yang Jual Rm 0.50 - 1 biji sedap gila woo...inti daging kerbau kari pedass :D:D
 
ada gak yang jual Rm 1 sebiji tapi inti daging kambeng..aku x makan kambeng :eek:
 
woow mahalnya kat tempat aku 4 sigit
 
80 sen isi emas ke dlm tue
 
karipap Ikea jual RM1, tapi besar san sedap..:D
 
Back
Top
Log in Register