BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapten Curi Beg Mewah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
15.05.2019 - Kuala Lumpur, Pegawai tentera berpangkat kapten ditahan, Khamis lalu, selepas memecah masuk sebuah kedai menjual beg tangan berjenama di pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai berkenaan berusia 45 tahun yang menyedari premis itu dipecah masuk kira-kira 11 pagi, 3 Mei lalu.

“Mangsa memaklumkan puluhan beg tangan berjenama yang dianggarkan bernilai RM250,000 hilang dipercayai dilarikan penjenayah.

“Siasatan dibuat dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian membolehkan mengesan suspek.

“Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kemudian membuat serbuan di pekarangan Kem Tentera Sungai Besi pada 4.30 petang, Khamis lalu,” katanya pada sidang media di IPD Dang Wangi, hari ini.

Mohd Fahmi berkata, pemeriksaan pada kereta Kia Spectra milik suspek berusia 30-an menemukan 70 beg tangan pelbagai jenama di dalam kenderaan terbabit, selain beberapa peralatan digunakan untuk pecah kedai.

Mohd Fahmi berkata, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan itu berseorangan sejak setahun lalu dengan menyasarkan premis menjual beg tangan berjenama di sekitar Lembah Klang.

“Soal siasat dilakukan, susoek mengaku akan menjual barangan curi itu kepada kedai menjual beg tangan berjenama yang lain mengikut harga ditetapkan premis berkenaan.

“Suspek juga mengaku melakukan kegiatan itu kerana masalah hutang akibat tabiatnya yang suka berjudi dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai.

Suspek sudah diserahkan kepada IPD Cheras untuk siasatan berkaitan pecah rumah di daerah berkenaan.

curi_1557903022.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/456084/kapten-pencuri-beg-mewah
 
Last edited:
kapten tu...gaji dah ok rasanya...tapi punah akibat judi..geng geng Ben juga yg perut buncit jadi tokej judi...bukankah terbukti melayu telah dirosakkan :D
 
Cuba pihak polis bg ganjaran cth 50% dr jumlah wang yg dirampas dr setiap tokey judi, mesti x lama punya, dpt je maklumat boleh siasat siapa pemilik syarikat atau org perseorangan seterusnya boleh dptkn perintah u bekukan akaun, mmg x lama la
 
Back
Top
Log in Register