BTC USD 82,973.4 Gold USD 4,144.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal yang berlayar di atas daratan

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Secebis kisah tentang kebijaksanaan Sultan Muhammad al Fateh dalam usahanya menyahut seruan hadis Nabi saw menakluk Kota Konstantinople
kak.png


Constantinople atau Byzantium (hari ini Istanbul), dibina oleh Constantine Agung sebagai ibu kota pada tahun 330 sebelum masehi dan berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine selama berabad-abad lamanya.

Kota Konstantinople di bahagian laut yang bersebelahan dengan Selat Tanduk Emas dilindungi oleh sebuah rantai raksasa yang direntang sepanjang 275 meter. Saiznya adalah sebesar sepeluk setiap satunya.

2382682347_cf48c7174b.jpg

Rintangan rantai besi inilah telah membuatkan tentera2 Sultan Muhammad Al-Fateh tidak dapat memasuki peraiaran Tanduk Emas. Ditambah lagi dengan kawalan daripada kapal-kapal perang kerajaan Byzantine.

630273575_352eb4f3cf.jpg

Rantai ini memberikan sebuah blokade sempurna sehingga tidak satupun kapal boleh melaluinya. Rantai yang besar ini berfungsi untuk menghalang kapal tentera2 musuh memasuki perairan Tanduk Emas untuk menyerang kota Konstantonipel.

the-great-bombard3.png

Meriam DIraja atau dikenali sebagai The Great Bombard

Tentera Byzantine berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut.

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanduk Emas. Baginda telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk melalui jalan darat. Bersama pasukannya, Muhammad Al-Fatih menebangi pohon-pohon dan memasang papan-papan kayu tersebut. Melumurinya dengan minyak dan lemak.

Fetih_3.jpg


Akhirnya, pada 21-22 April 1453, 70 buah kapal dilayarkan di atas daratan merentasi Semenanjung Fera dari Selat Bosphorus menuju Qarn adz-Dzahabi sepanjang 4.8km melintasi pegunungan, untuk memasuki Tanduk Emas. Semua 70 buah kapal tentera sultan berjaya memasuki Perairan Tanduk Emas dalam masa semalaman!

Ketika pagi menjelang, pihak musuh kagum menyaksikan langkah yang sangat kreatif itu, yang belum pernah ada bandingannya dalam sejarah.

tanduk-emas.jpg

Inilah peta laluan 72 kapal Uthmaniah yang belayar di 'daratan' dan bukit untuk menyerang Konstantinopel sejauh 5km selepas gagal menembusi rantai besi


alfateh.jpg

Selepas beberapa cubaan, akhirnya lebih kurang 800 tahun selepas itu barulah sabda Nabi saw ini menjadi realiti


muhammad+alfatih.png

Kisah Sultan Muhammad Al Fateh juga telah dilakonkan kembali di dalam movie yang bertajuk Conquest 1453

foto-ruangan-kerja-erdogan.jpg

Foto ruangan kerja Erdogan, pemerintah Turki sekarang



10 Strategi Kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih

Muhammad_alFatih.gif

29 Mei 2015, genaplah 562 tahun pembukaan Kota Konstantinopel di tangan sultan ketujuh kerajaan Turki Osmaniah, Muhammad bin Murad Al-Fatih.

Kejayaan umat Islam pada tahun 1453 ini sangatlah besar maknanya. Ia berlaku selepas hampir 200 tahun umat Islam meratapi pembantaian bangsa ganas Tartar ke atas Baghdad, ibu kota Khilafah Islam Abbasiah.

Profesor Halil Inalchik dari Turki menyatakan kejayaan menamatkan riwayat Empayar Rom Byzantin ini hadir selepas 12 percubaan dilakukan umat Islam terdahulu, untuk menawan kota itu menemui kegagalan.

Siapa sangka sebuah bangsa yang jauh daripada Rasulullah S.A.W sama ada dari segi zamannya mahupun jasadnya di Madinah, namun akhirnya merekalah yang merealisasikan sabda Rasulullah S.A.W. Tiada yang mustahil bagi mana-mana bangsa untuk memerintah dunia apabila mereka berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam sebagai cara hidup.

Secara ringkas, 10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih sebagaimana dianalisis para sejarawan terkemuka seperti Profesor Halil Inalchik, Profesor Maksudoglu, Profesor Ilber Ortayli dan Shekh Ali Muhammad As-Sollabi.

Kesemua strategi ini dihasilkan Sultan Muhammad sebaik sahaja beliau dibaiahkan sebagai Sultan Osmaniah pada tahun 1451 Masihi:


3 Fakta Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih:

Sebelum itu, ada 3 fakta penting yang mesti diambilkira sebelum kita membincangkan faktor-faktor strategik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih:

1 – Empayar Rom yang Berbeza
Empayar Rom Byzantin ketika misi Abu Ayyub Al-Ansari dan bangsa Arab tidak seluas empayar Rom Byzantin ketika misi bangsa Turki dan Sultan Muhammad.

Terima kasih kepada generasi sebelum Sultan Muhammad yang bertanggungjawab menyempitkan kuasa Kristian Orthodoks itu, sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang kerdil dan terpinggir sehingga memudahkan Sultan Muhammad untuk memberikan fokus sepenuhnya hanya kepada Konstantinopel.


2 – Baginda Mewarisi Takhta
Sultan Muhammad mewarisi takhta kerajaan Osmaniah yang telah stabil tanpa perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera, kental semangat jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya mendatangkan para ulama terbaik dari seluruh dunia untuk berada di Edirne.


3 – Pendidikan Teratur & Seimbang
Sultan Muhammad melalui proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh mencakupi pendidikan spiritual dan intelektual, serta hubungannya yang sangat erat dengan Syekh Aq Syamsuddin, Mullah Qurani dan beberapa ulama tersohor yang lain.

Sekiranya Sultan Muhammad menaiki takhta pada usia 19 tahun itu tanpa empayar Byzantin yang sudah disempitkan, tanpa kerajaan yang stabil kedudukan politik dan ekonominya, tanpa pula wujud pendidikan yang seimbang ke atas beliau sendiri, belum tentu kemenangan ke atas Konstantinopel akan memihak kepada beliau.


10 Strategi Kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih:

Berikut 10 strategi mencakupi aspek dalaman dan aspek luaran dihasilkan Sultan Muhammad Al-Fatih selepas beliau mengamati sedalam-dalamnya punca-punca kegagalan percubaan terdahulu.

1 – Pengaruh yang Berpengaruh
Memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam terhadap hasrat Sultan Muhammad membuka Konstantinopel melalui peranan Chandarli Halil Pasya, ahli politik paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissaries dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki.


2 – Pengstrukturan Semula
Melakukan penstrukturan semula sistem birokrasi dan pentadbiran negara dengan perhatian khusus kepada sektor ekonomi, dan kos perbelanjaaan yang diperlukan untuk menuju Konstantinopel.


3 – Menyamar dan Menyelidik
Sultan sendiri membuat penyamaran dan kemudiannya menghantar perisikan untuk terus menyelidik kekuatan dan kelemahan dalaman Konstantinopel, dari ketebalan tembok dua lapis dan kelemahan Greek Fire, hinggalah pada isu-isu semasa politik yang dijangka tidak memihak kepada Maharaja Konstantinopel.


4 – Wujudkan Strategi Lumpuhkan Musuh
Membangunkan 140 buah kapal perang moden, 320 buah perahu, menyediakan angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk 12,000 tentera Janisari yang terlatih.

Kesemua ini sebagai persiapan mengepung secara berkesan Konstantinopel dari segenap arah, memenatkan musuh dan melumpuhkan senjata mereka melalui serangan bertali arus ke atas tembok tanpa henti.


5 – Berfikir Sebelum Menghukum
Menunggu justifikasi syariah untuk menghukum Konstantinopel di samping menunggu masa, suasana, dan cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh sebenar kepungan dilakukan, supaya tidak akan berlaku sedikitpun kesilapan teknikal yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne.


6 – Improvisasi Hubungan
Menyemak semula hubungan sedia ada antara kerajaan Turki dengan negara-negara Eropah dan Balkan. Serta menawarkan hubungan dagangan yang lebih baik dari tawaran pemimpin Osmaniah sebelumnya.

Perhatian khusus diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara yang bersekutu dengan Konstantinopel, supaya mereka memihak kepada Turki atau bersikap sekurang-kurangnya bersikap neutral apabila Konstantinopel diserang.


7 – Minimumkan Talian Hayat
Memastikan Konstantinopel dipinggir dan dipencilkan dari sebarang ‘talian hayat’ dari selat Bhosporus. Sultan Muhammad telah membina Rumeli Hissari di bahagian Eropah bertentangan dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia dalam 149 hari sahaja.

Ia dibina untuk beliau menguasai sepenuhnya satu-satunya laluan berpotensi untuk sekutu Konstantinopel seperti Empayar Trebizond membantu Konstantinopel.


8 – Bukit Galata
Memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata bersikap neutral sepanjang tempoh perang.

Akhirnya kawasan bukit menghadap Bhosporus ini menjadi saksi tentera Sultan Muhammad berjaya melayarkan 70 buah kapal-kapal ringannya, di atas bukit pada jarak hampir 5 kilometer untuk berlabuh di Tanduk Emas tanpa melalui sekatan rantai Byzantin.

Tanduk-Emas.jpg

Tanduk Emas atau Golden Horn, di Istanbul, Turki


9 – Meriam untuk meremukkan Tembol Tebal
Mencipta 4 buah meriam gergasi dan puluhan mortar untuk meremukkan tembok tebal 10 dan 15 meter Konstantinopel.

Meriam Basilica yang terbesar mempunyai berat 1,400 paun, pelurunya seberat 300 kilogram, memerlukan 2 jam untuk memasukkan satu peluru, mampu menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3 kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer.

Meriam ini dibina oleh seorang non-Muslim, namanya Orban dan dipindahkan dari Edirne ke Konstantinopel pada jarak 250 kilometer tanpa diketahui musuh.


10 – Bangkitkan Semangat Tentera Allah
Memastikan spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi. Peranan para ulama sangat besar dalam setiap battalion tentera.

Peristiwa pemindahan kapal di atas bukit selepas kekalahan tentera laut Palta Oglu, dan wujudnya tentera-tentera berani mati yang menggali terowong bawah tanah Konstantinopel adalah antara gambaran-gambaran menakutkan musuh, akibat daripada kentalnya didikan keimanan dan cintakan mati kalangan tentera Islam.

Sehinggalah kemuncaknya lahirnya para pemuda yang cintakan mati lebih dari hidup, rindukan syurga lebih dari kemenangan di dunia hingga Hassan Ulubate yang syahid di atas panji Islam yang dipacakkan di atas menara tembok.

Namun demikian, filem termahal Turki dengan aplikasi kesan visual khas (CGI), “Fetih 1453” yang menelan belanja 17 juta US Dollar, saya lihat bakal mengundang kontroversi dan kritikan dari sejarawan Islam apabila menonjolkan imej Hassan Ulubate sebagai kesatria yang ‘tunduk’ di kaki perempuan si anak Orban, pencipta meriam Sultan Muhammad.

sumber majalahniaga.com
 
Last edited:
Percubaan2 utk menakluk Kota Konstatinopel:

Tahun 34 hijrah: kota tersebut telah cuba ditawan oleh Saidina Ali k.r.w
84 hijrah: Cuba ditawan oleh Muawiyah bin Abu Sufian
91hijrah: Cuba ditawan oleh Sultan Sulaiman pada tahun 91 hijrah.
Tahun 165 hijrah: Khalifah Harun al-Rasyid cuba menawan koa tersebut. Diikuti oleh cubaan yang dibuat oleh Sultan Beyazid untuk menawan kota tersebut pada tahun 1391, 1397 dan 1400. Namun semua percubaan tersebut menemui kegagalan.

Akhirnya, pada 20 Jamadil Awal tahun 857 hijrah bersamaan 29 Mei 1435, Kota Konstantinopal telah berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang ketika itu berusia 21 tahun.

Sikap Sultan Muhammad terhadap rakyat serta tawanan perang telah membuatkan Zaqhanus, seorang paderi Kristian bermazhab Ortodoks memeluk Islam seterusnya menjadi Panglima Angkatan Laut Usmaniah ketika menawan kota tersebut.

Baginda di beri gelaran 'The Grand Signaeur' kerana telah memberi keadilan kepada orang2 kristian dan bukan muslim yang lain. Selama ini gelaran tersebut hanya diberikan kepada tokoh2 besar barat sahaja yang membawa perubahan kepada Eropah
 
waktu tu ade bunuh2 tak? kalau ada bunuh2 tak boleh, islam cintakan kedamaian, lebih kepada rundingan di meja bulat. Habis2 sangat pun stakat demonstrasi je.
 
waktu tu ade bunuh2 tak? kalau ada bunuh2 tak boleh, islam cintakan kedamaian, lebih kepada rundingan di meja bulat. Habis2 sangat pun stakat demonstrasi je.

mesti la ada....cuma hukuman sembelih orang, bakar orang hidup2, bunuh org awam dan mengkapirkan serta bunuh orang islam lain kerana xsehaluan tu mmg xde la.
 
mesti la ada....cuma hukuman sembelih orang, bakar orang hidup2, bunuh org awam dan mengkapirkan serta bunuh orang islam lain kerana xsehaluan tu mmg xde la.

so sekarang kalau nak berperang tak boleh main tembak2 la? tak boleh guna bom... kena guna pedang lebih afdal..
 
dalam masa semalam blh bawak 70 buah kapal ikut darat. Agak2 berapa ramai yerk tentera beliau masa tu.
 
nak kena cari buku ni. best plak baca
 
so sekarang kalau nak berperang tak boleh main tembak2 la? tak boleh guna bom... kena guna pedang lebih afdal..

naifnya.....#:-S sapa kata xbole guna senjata selain dr pedang?
 
Back
Top
Log in Register