BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal Singapura dirampas lanun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
NAIROBI 16 Okt. - Lanun Somalia telah merampas kapal kontena Singapura semalam di Lautan Hindi, ketika perubahan angin bermusim berhampiran Kepulauan Seychelles membolehkan mereka kembali ke laut lepas.

"Kapal Kota Wajar yang menggunakan bendera Singapura telah dirampas kira-kira 300 batu nautika dari utara Seychelles," kata Ketua Program Bantuan Pelaut Afrika Timur Bahagian Kenya, Andrew Mwangura.

Jelasnya, ketika kejadia kapal dengan 21 orang krew itu sedang dalam perjalanan ke pelabuhan Mombasa di Kenya.

Sumber maritim di kawasan berdekatan berkata, serangan berlaku pagi semalam, 24 batu nautika dari kawasan sebuah bot tangkapan tuna Perancis diserang baru-baru ini.

Pusat keselamatan maritim Kesatuan Eropah (EU), yang mempunyai pasukan tentera laut antilanun meronda perairan tersebut, turut mengesahkan rampasan kapal berkenaan.

"Sebuah pesawat peronda EU NAVFOR telah ditugaskan menyiasat situasi itu," katanya tanpa memberi maklumat lanjut.

Di Singapura, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan menyatakan ia sedang bekerjasama dengan 'pemilik kapal dan agensi berkaitan' selepas kapal tersebut dinaiki 'sekumpulan lelaki tidak dikenali'. - AFP
 
berita menarik nih.. kenyang org somalia.. rompak spore.. klu SD 1 juta.. wow.. lumayan dr tangkap msia:D
 
lanun somaila ni mmg brutal la..
smua dia nak tangkap..
haha..
kasi bom kapal lanun 2..
 
pasni suruh lanun tu kidnap kapal us plk...
 
Respect giler kat pirate2 nih... Jelas dah terbukti.. Setinggi mana technolgy, Takkan dpt lawan keberanian...wakakkaka... Padan muke ko Singapork... Bangga sgt dgn powerful Maritime dorang.. Tau2 kapal dagang dah kene kidnap dgn Somalian pirate yg just guna AK4...hehehhe
 
Back
Top
Log in Register