Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kapal MPMS Kedua Dari Turkiye Dijangka Siap Hujung Tahun Depan - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks Setia Perkasa hari ini.
Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) kedua yang dalam pembinaan di Turkiye dijangka siap dan diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada hujung tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kapal MPMS pertama dijangka tiba pada Mac tahun depan, sebulan sebelum Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).
“Pembinaan kapal ini menunjukkan perkembangan lebih cepat daripada jadual, sekali gus meyakinkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa keputusan dibuat tepat dari segi tempoh pembinaan dan harga yang munasabah.
“Pembangunan kapal ini satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh keupayaan APMM, khususnya dalam menghadapi persekitaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata beliau akan ke Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini untuk melihat perkembangan pembinaan kapal itu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata KDN akan menilai tawaran kapal ronda luar pesisir kedua daripada Ex-United States Coast Guard (USCG) berdasarkan aspek kelayakan berlayar dan kos baik pulih.
Saifuddin Nasution berkata penilaian itu akan dibuat berdasarkan laporan Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman selepas pemeriksaan bersama-sama pakar, jurutera dan pegawai APMM.
“Dia tawar (tetapi) kita sendiri kena berpuas hati layak belayar atau tidak. Jadi saya tugaskan KSU untuk pergi tengok dan beri laporan.
“Kalau kelayakan belayarnya rendah dan kos kita lebih tinggi, itu membebankan. Kita tidak akan setuju,” katanya.