BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kantoi teman isteri serah diri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Antara yang diperiksa ketika sekatan jalan raya di Jalan Sultan Mahmud, sempena Ops Warta.​

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki kantoi ketika menemani isterinya menyerah diri di Balai Trafik Kuala Terengganu, di sini, sekali gus membuka tembelangnya apabila dirinya sendiri mempunyai 16 saman trafik tertunggak sejak 2000 lagi.

Lelaki berusia 34 tahun itu antara pesalah trafik tegar yang dijejaki polis menerusi Ops Warta selepas gagal melunaskan saman dalam tempoh ditetapkan.

Ia membabitkan pelbagai kesalahan trafik termasuk sembilan saman yang disenarai hitam dan lima waran tangkap membabitkan pelbagai kesalahan bermula 2000 hingga 2014.

Lelaki terbabit hadir ke balai menemani isterinya, 33, yang mempunyai tujuh saman termasuk empat waran tangkap dikeluarkan antara 2013 dan 2014.

Sebelum ini, sepasukan pegawai dan anggota trafik telah pergi ke sebuah koperasi di Jalan Kamaruddin, di sini, untuk mencari isteri lelaki terbabit namun gagal apabila wanita berkenaan sudah berhenti kerja.

Namun, hasil pemeriksaan lanjut berjaya menjejaki wanita terbabit yang kemudian hadir bersama suaminya, sebelum pemeriksaan polis mendapati lelaki itu turut disenaraikan antara pesalah trafik dikehendaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, pasangan suami isteri yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Bagaimanapun, beliau berkata, kedua-duanya perlu hadir ke mahkamah pada 25 Mei depan untuk menyelesaikan saman trafik yang tertunggak.

"Di Kuala Terengganu, terdapat 361 waran tangkap yang perlu diselesaikan sepanjang Ops Warta ini.

"Kita akan menjejaki pesalah trafik ini di tempat mereka bekerja dan sekatan jalan raya yang dilakukan," katanya, kelmarin.
 
sungguh2 kutip duit saman
duit kerajaan yang lesap xde plak kejar mcm ni kan
 
Cuma nak tanya. Macam mana polis tau tempat kerja?

polis bole access n dptkan data kt agensi2 berkaitan yg tau pesalah ada kt mana.. contoh BANK.. no tepon dll lg.. kipidap dongivab :D
 
Cuma nak tanya. Macam mana polis tau tempat kerja?

Ala. ada caranya, sama dengan nak trace orang hilang. Boleh trace dia keje kat mana. :D dah jumpa.

Contoh kalau ada kes anak dara lari rumah, wat report. pastu polis trace lah dia keje kat mana lepas tu. settle. Lain la kalau dia keje kedai makan ke, yang tak daftar, takdelah
 
Back
Top
Log in Register