BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kantoi guna lesen palsu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
IPOH - Seorang pemandu bas ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan memiliki lesen palsu dalam pemeriksaan Ops Tahun Baru Cina 2015 di Terminal Amanjaya di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 27 tahun itu cuba bersikap selamba bagi mengelak ditahan dalam pemeriksaan yang dihadiri Pengarah JPJ Perak, Ramli Awang Seberang.

Bagaimanapun, penipuan itu berjaya dikesan selepas salah seorang anggota berjaya mengesan ketidaktulenan lesen memandu lelaki terbabit dan ditahan kira-kira jam 10.30 malam.

Pemandu terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bas yang membawa 40 penumpang telah meneruskan ke Sungai Petani, Kedah selepas syarikat menggantikan dengan pemandu lain.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/kantoi-guna-lesen-palsu-1.361515
 
Back
Top
Log in Register